Nyaris Hilang Jari Gara-gara Guna ‘Screen Protector’ Handphone Yang Sudah Retak

Nyaris Hilang Jari Gara-gara Guna ‘Screen Protector’ Handphone Yang Sudah Retak. Boleh dikatakan setiap kali kita membeli Handphone atau telefon bimbit yang baru, kita mesti akan mahu membeli atau mencari ‘screen protector’ untuk Handphone baru kita bukan?sajaheboh.com - Pemuda Nyaris Hilang Jari Gara-gara Tak Ganti ‘Screen Protector’ Handphone Yang Sudah Retak

Walaubagaimanapun, berapa ramai daripada anda yang menggantikan semula ‘screen protector’ Handphone anda yang sudah rosak atau retak? Lebih-lebih lagi kalau anda sudah menggunakan handphone anda untuk jangkamasa yang lama, mesti pernah terfikir ‘ah, malas la nak ganti’

Gara-gara kerana terus menggunakan ‘screen protector’ retak di handphone untuk bermain game, seorang lelaki terpaksa mengalami pengalaman yang amat memeritkan apabila dia terpaksa masuk hospital selepas jarinya terkena jangkitan.

Mangsa, Muhammad Azuan Iqbal Abdullah Sani, 23 berkata dia hanya menyedari kejadian itu selepas ibu jari kanannya bengkak selain beberapa kesan berwarna hitam sejak dua minggu lepas.

sajaheboh.com - Pemuda Nyaris Hilang Jari Gara-gara Tak Ganti ‘Screen Protector’ Handphone Yang Sudah Retak

Menurutnya, dia dimaklumkan doktor yang jarinya terkena jangkitan kuman selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Puncak Alam.

“Doktor kemudiannya memberi ubat tahan sakit serta antibiotik. Malah, saya turut dicucuk sebanyak lima kali di jari bagi membuang nanah.

“Namun, jari saya semakin teruk. Sabtu lalu, saya ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dan doktor memaklumkan jari saya perlu dibedah.

sajaheboh.com - Pemuda Nyaris Hilang Jari Gara-gara Tak Ganti ‘Screen Protector’ Handphone Yang Sudah Retak

“Alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan kemungkinan jari saya akan dipotong sekiranya lambat mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi”

Katanya, dia bersyukur jarinya semakin sembuh dan hanya perlu ke hospital untuk mencuci luka.

Dalam pada itu, Muhammad Azuan Iqbal berkata, dia sangat kerap bermain permainan video atas talian di telefon pintarnya sehingga lewat malam.

“Skrin pelindung di telefon pintar saya memang sudah retak sejak empat bulan lalu. Namun, saya tidak tukar dan masih terus menggunakannya.

sajaheboh.com - Pemuda Nyaris Hilang Jari Gara-gara Tak Ganti ‘Screen Protector’ Handphone Yang Sudah Retak

“Memang salah saya sebab ambil mudah untuk menggantikan skrin itu dan berharap orang ramai segera menggantikan pelindung skrin sekiranya retak supaya tidak menjadi seperti saya,” katanya.

Terdahulu, saudaranya dikenali sebagai Irfan memuat naik status bersama dua keping foto menerusi Twitter mengenai Muhammad Azuan Iqbal yang dimasukkan hospital selepas cedera akibat serpihan kaca tertusuk ke jarinya.

Pengajaran buat kita semua juga supaya kalau ‘screen protector’ handphone sudah retak, cepat-cepat pergi ganti yang baru.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *