Nampak Macam Gadis 20an Walau Usia 50 Tahun, 4 Amalan Awet Muda Wanita Ini Jadi Bualan Hangat

Nampak Macam Gadis 20an Walau Usia 50 Tahun 4 Amalan Awet Muda Wanita Ini Jadi Bualan Hangat. Memuat naik gambarnya meraikan hari lahir ke-50, ibu kepada dua anak ini telah menjadi bualan netizen di alam maya.

Dalam satu gambar yang dimuat naik, Puspa Dewi diapit dua anak lelakinya yang disangka netizen sebagai teman wanita mereka, namun sebenarnya adalah ibu mereka.

Mana tidaknya pada usia 50 tahun dia tampil muda seperti gadis berumur 20 tahun malah tidak keterlaluan dilihat sebaya dengan anak bujangnya.

Disebabkan itu ramai yang tertanya-tanya rahsia ibu bernama Puspa Dewi daripada Jakarta Indonesia ini boleh kelihatan begitu muda.

Memetik laporan media massa di sana empat perkara ini menjadi amalan Puspa atau mesra dipanggil sebagai Mama Hadi.

Menurut Wanita ini penampilannya yang awet muda ini adalah hasil gaya hidup sihat yang sudah lama dipraktikkan.

1. Aerobik & zumba

Anak sulung merangkap jurulatihnya

Sejak kecil Puspa sudah terbiasa dengan sukan badminton dan renang. Namun bila usia meningkat dia memilih aerobik, zumba dan yoga yang dilakukan beberapa kali seminggu.

Aktiviti ini sudah sebati dengan dirinya hingga menyebabkan dia merasakan satu kekurangan jika tidak melakukannya.

“Saya akan rasa seperti ada yang ‘kurang’. Badan juga rasa tak sedap jadi saya perlu selalu bersenam.”

2. Amalkan makanan sihat, segar

Pada usia 50 tahun juga kulit wajah Puspa kelihatan sihat malah berseri. Semua ini hasil senaman yang teratur dan juga pemakanan sihat yang diamalkan.

“Amalkan makanan yang sihat, banyak makan buah, makan sayur dan senaman akan beri kesan hingga ke kulit wajah.”

Pemakanannya juga banyak dipantau oleh anak sulungnya yang juga seorang ‘nutritionist’ yang menjalankan perniagaan makanan sihat.

3. Kulit tegang hasil jaga wajah


Kulit wajah Puspa yang halus dan tegang sebenarnya adalah hasil amalannya yang rajin membersihkan kulit setiap hari dengan produk perawatan yang sesuai dan tidak berlebihan. Akui wanita ini dia juga sebenarnya sudah lama tidak mengalami masalah jerawat.

4. Jaga emosi

Bagi wanita yang mempunyai hampir 285,000 ribu pengikut di instagram ini, perasaan bahagia juga banyak mempengaruhi aura kecantikan.

“Semakin bertambah usia, saya nampak semakin muda. Itu yang ramai orang kata. Saya rasa apa yang orang katakan itu betul kerana saya sentiasa gembira dengan kerjaya dan anak-anak yang sudah besar.”

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *