Jika Tak Nak Kereta Rosak Dan Duit Habis, Jangan Buat Perkara Ini Semasa Memandu

Jika Tak Nak Kereta Rosak Dan Duit Habis, Jangan Buat Perkara Ini Semasa Memandu. Bila dah lama memandu kereta, banyaklah tabiat pelik-pelik yang kita akan buat tanpa sedar. Tapi tak semua tabiat yang kita buat tu elok.

Bila dah biasa dengan tabiat yang dibuat, memang susahlah nak ubah dan betulkan. Betul tak? Jom kita tengok antara tabiat yang selalu dilakukan oleh pemandu-pemandu kereta tetapi tak bagus untuk diikuti.

Bila dah tahu tu, harap balik kerja nanti janganlah buat dah sebab akan membahayakan keselamatan dan poket pun ‘kering’ akibat kerosakan kereta.

1. Letak kaki pada brake kereta ketika memandu menuruni bukit

Selalunya yang buat macam ni adalah penunggang motosikal. Diorang akan get ready kalau-kalau ada pape jadi semasa nak turun bukit. Sebenarnya tak boleh buat macam ni. Nanti sistem brake korang akan ‘overheating’ dan menipiskan lagi brake paddan disc.

2. Panaskan enjin keretaKereta yang baru-baru tak payah nak panaskan enjin kereta macam dulu-dulu dah. Kalau dalam keadaan sejuk, korang dinasihatkan untuk memastikan enjin kereta dipanaskan sekejap dalam masa 1 – 2 minit je. Tak perlu lama-lama.

3. Mengabaikan penggunaan hand brakeBila di kawasan yang cerun,semua bebanan akan diletakkan di bahagian gear pada gearbox. Jadi, bila korang nak park kereta di kawasan macamni, pastikan brake ditukar ke ‘P’. Kalau nak gerakkan kereta, lepaskan brake secara perlahan-lahan.

4. Mengabaikan bunyi pelik pada keretaKalau ada bunyi pelik-pelik pada kereta korang, lebih baik korang periksa. Ramai yang suka mengabaikan perkara ni. Itulah punca kenapa tiba-tiba kereta rosak kat tepi jalan tu. Jadi kalau kereta korang dah keluarkan bunyi-bunyi pelik tu, periksa terus tau. Jangan tangguh-tangguh dah.

5. Jaga jarak antara kenderaanDalam kelas memandu pun dah sentuh pasal ni. Penting sangat sebenarnya untuk jaga jarak antara kereta kita dengan kereta depan. Ni tak, selalu nampak kereta belakang selagi boleh rapat dengan kereta depan, dia rapat. Sebab kita taktau bila brake kereta kita akan tiba-tiba tak berfungsi. Ni pun boleh elakkan kemalangan kalau kereta depan kita brake secara tiba-tiba.

6. Isi minyak bila tank dah hampir kosongJangan selalu biarkan tank kereta kita betul-betul kosong baru nak isi minyak. Bila tank minyak kosong, nanti senang kekotoran nak lekat pada tank. Ni pun boleh jadi punca yang menyebabkan kerosakan kereta.

7. ‘Rehatkan’ tangan pada brakeNi mesti semua orang selalu buat kan? Sepatutnya kalau nak rehatkan tangan, letakkan tangan pada stereng kereta. Tahu tak, bila kita letak bebanan tangan kita pada gear, ia akan menambah bebanan pada gearbox. Ni lah antara punca yang menyebabkan gear tak boleh ditukar atau sangkut.

Sumber: Brightside

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *