“Nak Pergi Ambil Beras Di Rumah Mentua”

MACHANG: “Nak pergi ambil beras di rumah mentua.” Bunyinya logik, tetapi apabila rumah mentua yang dinyatakan terletak 30 kilometer (km) jauhnya di Pasir Puteh, pihak berkuasa pantas menghidu ia jelas alasan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).sajaheboh.com - "Nak Pergi Ambil Beras Di Rumah Mertua"Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy, berkata alasan berkenaan antara antara kesalahan dalam kalangan 10 individu yang dikenakan tindakan kerana melanggar PKP di daerah itu.

Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 13 hingga 46 tahun.

“Pelbagai alasan tidak munasabah diberi, selain ada yang enggan bekerjasama apabila polis mengarahkan mereka berpatah balik ke kediaman masing-masing.

“Yang kata kononnya nak mengambil beras di rumah mentua di Pasir Puteh sejauh 30 km itu apabila disiasat ternyata hanya alasan.

“Daripada 10 orang yang ditahan, enam sudah didakwa di mahkamah. Kita beri amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP dan tidak keluar tanpa urusan penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, di sini, hari ini.

Terdahulu, media dibawa menyertai operasi penguatkuasaan PKP di beberapa lokasi selama dua jam yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Machang, Asisten Superintendan Firdaus Mohd.

Hasil operasi berkenaan, 10 individu diberi amaran selepas didapati berkumpul.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi itu, lima individu yang leka menjamu selera dengan colek buah di Kampung Pek, cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan polis.

Bagaimanapun, mereka sempat ditahan dan diberi amaran supaya tidak lagi berkumpul sebelum dilepaskan.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *