Nak Juga Rampas Suami Orang Sebab Suami Saya Pun Dirampas

“Nak Juga Rampas Suami Orang Sebab Suami Saya Pun Dirampas” Biasanya¬†kita baca luahan dari para isteri mengenai suami dirampas namum luahan kali ini agak berlainan. Ini luahan dari seorang janda yang ingin merampas suami orang. Jom ikuti luahan ini dan mungkin ianya salah satu bentuk perlian atau sindiran. Tepuk dada tanya selera.

Nak Juga Rampas Suami Orang Sebab Suami Saya Pun DirampasHai, As Salam. Nama saya Nani. Saya janda anak 1. Cantik, bergaya dan bekerjaya. Saya berhajat nak mencari teman hidup. Tapi saya nak cari suami orang jugak. Nak juga rasa bagaimana hebatnya bila kita berjaya rampas orang lain punya. Sebabnya, suami saya yang dulu pun dirampas orang. Isteri orang plak tu. Seronok ke ambil hak orang punya?

Itu sebabnya saya nak cuba. Jadi modus operandi saya ialah dengan stalk fb puan-puan yang selalu bermegah-megah suamiku paling sweet, suamiku paling rajin, suamiku paling romantik, suamiku imamku.
Ye la, saya tak perlu la usaha nak cari ciri-ciri yang saya nak kan, sebab puan-puan dah cerita semuanya kat fb, dah tayang semua kesweetan suami puan-puan. Mana mungkin saya tak tergoda kan. Siapa la yang tak nak suami yang baik-baik, yang beriman, yang romantik. Lagi mudah buat saya nak cari calon yang sesuai.

Kemudian nanti saya add la suami puan-puan. Pm dulu bagi salam, say hi semua kan. Saya ni kan cantik. Mustahil la suami puan-puan tengok dp fb saya tak tergoda. Kalau terkena suami kawan sendiri pun nak buat macam mana kan. Dah jodoh saya. Bole la kita bermadu ye.

Saya ni kalau bole tak nak la suami orang. Tapi nak buat macam mana, saya tergoda la dengan segala kebaikan suami yang puan-puan dok canang kat fb.

Jadi, kalau puan-puan tak nak saya caras suami puan-puan, apa kata puan-puan diam-diam ja pasal kebaikan, kesweetan, keromantikan suami puan-puan. Simpan ja untuk puan-puan ye. Nak-nak pulak puan-puan dok upload gambar kemesraan suami puan-puan kat fb.

Buatnya syaitan cucuk saya, saya screenshot gambar tu, bawak jumpa bomoh siam suruh bomoh guna sihir pemisah, lagi la naya kan. Jadi puan-puan simpan untuk diri sendiri dah la ye. Awas, jangan cerita bahagia puan-puan kat khalayak. Kalau jumpa kat saya nanti, habis laaaa…

Kalau orang itu sudah beristeri atau bersuami, janganlah kita menjadi perosak kepada rumahtangga mereka dengan menjadi orang ketiga. – Sajaheboh.com

 

Facebook Comments Box

One Reply to “Nak Juga Rampas Suami Orang Sebab Suami Saya Pun Dirampas”

  1. Assalamualaikum.. Sempurna adanya.. Macam ni punya cantik pun suami boleh tinggalkn?.. Sabarlh duhai hati yg bersedih.. Berhentilah utk terus bersedih mngenangkn kenangan semalam.. Sangka baik pd allah.. Apa yg berlaku semua dalam qadaq qadar allah swt.. Takdir allah pd kita pd awk pd sy dan semua mhluknya ciptaan nya hanya dia shja yg tahu lg maha mngetahui. Memang sedih klu tiba2 kita kehilangan org yg kita syg org yg sgt2 kita harap.. Rse teraniaya rse x puas hati dgn ape yg berlaku kita punya lh setia pd dia tapi kekecewaan kehancuran balasan yg kita dapat.. Spe yg pernah lalui tahu lh bgaimna bgai mna rse sulit nk hadapinya.. Percayalh.. Dia pergi meninggalkn puan krn dia tidak layak utk terus bersama puan.. Puan makin hari semakin baik smakin bijak semakin meningkat usia semakin puan banyak muhasabah diri semakin banyak berbuat perkara2 kebaikan dalam mencari keredhaan allah.. Tapi ex puan tu pula sebaliknya.. Dia terbalik.. Dulu mse mula ok da lama2 bnyak buat perkara2 ke arah negatif semakin hari semakin negatif.. Krn kasih allah pd puan allah pisahkn puan dgn ex.. Allah gantikan dgn org yg selayaknya nya pelengkap lagi melengkapi kehidupan puan.. Dengan (dgnsykespetaukan) (syukuralhmdulillah) yg tahu menghargai diri puan dan sentiasa bersyukur atas kenikmatan segala pemberian tuhan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.