Miley Cyrus Dedah Dirinya Pernah Dikejar Makhluk Asing

California: Penyanyi sensasi Miley Cyrus, 27, mengakui dia pernah ‘dikejar’ makhluk asing ketika sedang memandu bersama rakanya di San Bernardino. California, Amerika Syarikat, baru-baru ini.sajaheboh.com - Miley Cyrus Dedah Dirinya Pernah Dikejar Makhluk Asing

Cyrus yang mengakui dia mengambil ganja ketika kejadian itu yakin diekori kapal angkasa terbabit dan turut bertentang mata dengan makhluk asing itu

“Saya yakin dengan apa yang dilihat. Objek terbang itu bercahaya kuning berkilauan. Ia juga dilihat orang lain di kawasan itu yang turut memberhentikan kenderaan,” katanya.

Cyrus mengakui dia terganggu dengan kejadian itu, tetapi dia tidak terasa diancam.

“Cuma saya panik kerana melihat ada makhluk dalam objek itu dan kami saling berpandangan antara satu sama lain. Kerana itu saya tak mampu melihat langit dengan cara yang sama kerana terfikir mereka boleh kembali,” katanya.

sajaheboh.com - Miley Cyrus Dedah Dirinya Pernah Dikejar Makhluk Asing

Dalam perkembangan lain, Cyrus kini sibuk menghasilkan lagu-lagu cover daripada Metallica.

“Saya beruntung dapat terus menghasilkannya dalam keadaan sebegini. Mulanya saya merasa tidak mempunyai inspirasi, tapi sekarang saya sangat bersemangat,” katanya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *