Mawar Karim Dan Anak Positif Covid-19

Usahawan tudung terkenal, Mawar Karim dan anaknya Wan Maryam disahkan positif Covid-19, semalam.

Mawar Abdul Karim yang merupakan bekas isteri kepada Fizo Omar itu memuat naik video di Instagram Story di mana mereka dibawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani rawatan. Bagaimanapun, di hospital mana mereka dibawa tidak dikongsikan.

Mawar yang juga ahli perniagaan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan dia dan anaknya.

Mawar menerusi postingnya di Instagram berkata dia dan anaknya perlu kuat melawan virus berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan mereka.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan Maryam. Hanya Allah saja dapat membalas jasa baik kalian. Semoga saya dan Maryam terus sihat. Insya-Allah.

“Terima kasih juga kepada petugas barisan hadapan. Maaf kalau saya tak dapat nak jawab panggilan atau emel dan apa-apa dari media sosial. Saya dan Maryam boleh lawan. Maryam anak yang kuat,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Sementara itu, bekas suaminya, Fizo Omar turut berdoa dan berharap Mawar dan anaknya terus kuat.

“Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh,” katanya.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Mawar dan Maryam agar cepat sembuh, dipermudahkan urusan serta kuat menempuh dugaan tersebut.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *