Masih Ada Jeragat Degil Di Muka Walaupun Dah Cuba Pelbagai Produk? Boleh Cuba DIY Toner Air Mawar Ini

Masih Ada Jeragat Degil Di Muka Walaupun Dah Cuba Pelbagai Produk? Boleh Cuba DIY Toner Air Mawar Ini. Baik berkulit gelap mahupun cerah, masalah jeragat tetap menjadi dilema kaum wanita. Terpaksalah guna macam-macam krim nak menutup cela noda tu atau menghilangkannya.

SAJAHEBOH.COM -   Masih Ada Jeragat Degil Di Muka Walaupun Dah Cuba Pelbagai Produk? Boleh Cuba DIY Toner Air Mawar Ini Bagi berkulit cerah memang jeragat ini lebih nampak jelas terpaksa tepek make up tebal sikit, tetapi itu hanya menutup noda di muka sementara waktu sahaja. Sampai bila nak menyembunyikan jeragat ni?

Lagi frust bila, puaslah cuba macam-macam, jeragat degil tetap tak nak hilang. Duit dah habis banyak ni. Lebih malang lagi kalau produk yang dipakai tu ada kesan sampingan yang memburukkan lagi wajah anda. Rupa-rupanya ada cara alami yang anda boleh cuba sebagai ikhtiar untuk mengurangkan jeragat di wajah.

Ini yang dikongsikan Nur Arimi Suhada Bakar, Founder Pure Beauty, Green Tea Organic Soap. Panduan bergambar dan video ini diharapkan dapat memudahkan untuk buat DIY Toner Air Mawar RM5 ini.

“Akhirnya sis berkesempatan buat video. Air Mawar ini banyak manfaatnya. kalau hampa rajin, hampa boleh buat menggunakan bunga mawar segar.

“Tapi cara penyediaannya agak lama. Kena tunggu beberapa jam untuk sejuk segar. Di sini sis share dekat hampa cara penyediaan menggunakan air mawar sedia ada.”

SAJAHEBOH.COM -   Masih Ada Jeragat Degil Di Muka Walaupun Dah Cuba Pelbagai Produk? Boleh Cuba DIY Toner Air Mawar Ini

Cara Penyediaan

  • Suku cawan air Mineral
  • 3 sudu air mawar
  • Botol spray
  • Masukkan suku cawan air mineral dalam botol spray dan masukkan 3 sudu air mawar. Bolehlah spray terus ke muka.

Nota

  • Toner air mawar ini tak ada bahan pengawet jadi paling paling lama tahan seminggu saja.
  • Selepas seminggu refill semula dengan yang lain.
  • Makin kerap anda guna, makin kerap anda refill.

Manfaat Toner Air Mawar

  • Mengecutkan jerawat
  • Menaikkan seri muka
  • Merawat wajah sunburn
  • Mengecilkan pori muka
  • Merawat wajah dari dalam

Boleh digunakan sebagai setting spray(makeup)

Sesuai juga digunakan dirambut (bagi yang berhijab)

Ketika mengantuk / di pejabat bolehlah spraykan wajah dengan toner air mawar ini.

Posted by Nur Arimi Suhada Bakar on Thursday, 9 November 2017

Kalau Nak Jadi, Syarat Ini Kena Ikut:

  • Toner air mawar ni tak boleh dijemur di tengah panas, bagi mengelakkan bau dia menjadi masam.
  • Bahan organik tanpa bahan pengawet mudah rosak jadi anda boleh simpan suhu bilik .

SAJAHEBOH.COM -   Masih Ada Jeragat Degil Di Muka Walaupun Dah Cuba Pelbagai Produk? Boleh Cuba DIY Toner Air Mawar Ini

Sumber/Foto : FB Nur Arimi Suhada Bakar

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.