‘Makcik Kerja Cleaner Saja, Ada Hati Tegur Aku..’, Tapi Perbuatannya Cukup Menyentap Hati

Makcik Kerja Cleaner Saja, Tapi Perbuatannya Cukup Menyentuh Hati Dan Ramai Sentap. Ini bukan cerita tentang orang, tapi ini cerita tentang aku. Sebenarnya aku lah orang yang agak berkira keluarkan duit tu. Dulu aku tak pernah sedar tentang hal ni sehinggalah aku dipertemukan dengan orang-orang yang baru aku kenal di tempat kerja aku yang baru ni.'Makcik Kerja Cleaner Saja, Ada Hati Tegur Aku..', Tapi Perbuatannya Cukup Menyentap HatiAku bukanlah orang kaya, biasa-biasa saja. Jadi sebab aku tak kaya, aku jarang nak bersedekah. Ya lah, nak sara untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak cukup, apatah lagi nak bagi dekat orang lain.Tapi dekat tempat kerja baru aku ni, aku dipertemukan dengan seorang mak cik ni yang berkerja sebagai cleaner dekat ofis tempat aku kerja ni.

Mak cik ni lah yang banyak mengajar aku. Mak cik ni seorang ibu tunggal. Suami dia dah lama meninggal dan dia sendiri yang besarkan anak-anak dia dari dulu dengan bekerja sebagai cleaner.

Satu hari, sebelum balik kerja, aku ternampak mak cik ni. Aku nampak dia beli kuih kat tepi jalan. Kedai kuih tu pun dah nak tutup sebenarnya sebab dah nak masuk waktu maghrib masa tu.Keesokan harinya, aku pun tegur mak cik tu, tanya tentang kuih dia beli semalam. Beli kuih untuk anak-anak dia ke dekat rumah, tapi aku nampak macam banyak je yang dia bawak balik semalam.

Banyak pulak duit dia beli kuih banyak-banyak.Rupa-rupanya mak cik tu jawab, dia sebenarnya nak beli kuih tu untuk bagi dekat atuk dan nenek ni, yang hidup sebatang kara berhampiran dengan rumah dia. Tapi tak sangka pulak orang yang jual kuih tu murah hati dan bagi lebihan kuih yang tak habis jual tu dekat dia, jadi dia boleh bawak balik untuk anak-anak dia juga.

Aku jadi malu sendiri bila bandingkan diri aku dengan mak cik ni. Dia cuma kerja sebagai cleaner sahaja, dan hidup dia lagi susah dari aku, tapi dia masih boleh ada hati untuk bersedekah kepada orang lain.

Dia buat aku sedar yang sebenarnya tak semestinya kita perlu ada duit banyak baru kita boleh memberi. Tak kisah banyak mana duit yang kita ada, kita boleh memberi sebenarnya kalau kita nak.Bila macam tu, Allah murahkan rezeki dia. Dia bukan saja dapat bagi makan dekat atuk dan nenek tu, tapi dapat rezeki lebih jugak untuk anak-anak dia.

Dan banyak lagi kisah-kisah menarik yang jadi pada mak cik ni tentang bagaimana dia selalu dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Bila ada seorang anak dia nak masuk universiti dan perlukan duit, tiba-tiba ada orang datang bagi sumbangan dekat ketua kampung untuk menaja anak-anak kat kampung tu yang mana dapat masuk universiti pada tahun tu.

Cerita-cerita yang aku sendiri susah nak percaya tapi selalu terjadi dekat mak cik ni. Dan dari situ, aku pun belajar untuk bersedekah atau memberi walaupun sedikit. Lama-kelamaan benda tu jadi mudah untuk aku. Aku dah tak kedekut.

Betul lah janji Allah dalam ayat al-quran ni,

“Barangsiapa yang bertaqwa kpd Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari masalah hidup serta memberinya rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah lah yang mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu.”
(At-talaq 65:2-3).Percayalah, Allah yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki seseorang tu. InsyaAllah, kalau kita selalu bersedekah, Allah akan lapangkan rezeki kita. Tapi kalau kita kedekut, takut-takut nanti Allah jugak akan kedekut dengan kita.

Wallahualam.

source: IIUM

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *