Makan Sosej Boleh Tingkatkan Risiko Obesiti Dan Usus

Siapa suka makan sosej? Mesti ramai yang suka makan dan juga mungkin juga selalu makan disebabkan cara penyediaannya yang dikira agak ringkas dan senang dibuat. Walaubagaimanapun, satu kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan sosej boleh meningkatkan risiko obesiti dan usus jika selalu dijadikan makanan harian. sajaheboh.com - Makan Sosej Boleh Tingkatkan Risiko Obesiti Dan Usus

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat tidak menjadikan sosej sebagai hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kerana boleh meningkat risiko obesiti dan kanser usus.

KKM dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, tanggapan kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar adalah salah.

Katanya, sosej bukan daging sebenar tetapi sejenis makanan diproses.

sajaheboh.com - Makan Sosej Boleh Tingkatkan Risiko Obesiti Dan Usus

“Makanan ini tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser), tinggi kandungan garam (sodium & MSG) dan tinggi bahan pengawet.

“Selain itu ia boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan dan meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus,” katanya.

Katanya, kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.

sajaheboh.com - Makan Sosej Boleh Tingkatkan Risiko Obesiti Dan Usus
Foto Kredit: KKM

“Nak makan sosej tu boleh, tetapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita,” katanya.

Sumber: KKM, Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *