Mahu Perbaiki Diri Sendiri, Neelofa Bercadang Buka Pusat Tahfiz

Mahu Perbaiki Diri Sendiri, Neelofa Bercadang Buka Pusat Tahfiz.

SAJAHEBOH.COM - Mahu Perbaiki Diri Sendiri, Neelofa Bercadang Buka Pusat TahfizMahu fokus memperbaiki akidah dan akhlaknya sebagai seorang Muslim, siapa sangka wanita semuda ini memasang hasrat untuk menyumbang semula kepada umat Islam yang lain agar kehidupan mereka juga terbela.

Usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa yang telah menyimpan hasrat untuk membuka pusat pengajian Al-Quran satu hari nanti.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu,” katanya dipetik daripada mStar Online.

SAJAHEBOH.COM - Mahu Perbaiki Diri Sendiri, Neelofa Bercadang Buka Pusat Tahfiz

Bagaimanapun, usahawan berjaya itu terlebih dahulu mahu memeperbaiki dirinya sebelum melaksanakan hasrat yang sudah lama tersimpan itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian itu. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,”tambahnya lagi.

Dalam perkembangan baharu, Neelofa, 28, yang popular menerusi drama berantai Suri Hati Mr. Pilot itu mahu memberi lebih fokus kepada perniagaan tudung Naelofar Hijab serta komitmennya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.

Walaupun semakin sibuk dengan urusan perniagaan dan jawatan yang baru disandangnya itu, wanita kelahiran negeri Kelantan itu masih akan meneruskan lagi aktiviti seninya.

SAJAHEBOH.COM - Mahu Perbaiki Diri Sendiri, Neelofa Bercadang Buka Pusat Tahfiz

“Tahun ini fokus perniagaan dan bidang seni mcm biasa. Saya ada tanggungjawab di Air Asia dan perancangan untuk perniaagn Neelofa hijab 2018 yang memerlukan komitmen yang tinggi,”ujarnya.

Tambahnya juga, dia turut tidak akan menolak jika ada mana-mana tawaran yang datang agar dapat menambah pengalaman dan mengasah lagi bakatnya sebagai penggiat seni.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *