Lelaki Warga Emas Kelaparan, Terpaksa Makan Sisa Makanan Dalam Tong Sampah Untuk Alas Perut

Jika ada diantara kita yang bosan dengan selalu makan nasi berlaukkan telur dan kicap setiap hari, di luar sana mungkin ada orang yang akan sangat bersyukur jika makan makanan tersebut.Lelaki Warga Emas Kelaparan, Terpaksa Makan Sisa Makanan Dalam Tong Sampah Untuk Alas Perut

Bahkan, jika terlihat mana-mana orang yang sanggup menyelongkar sampah demi mencari sisa-sisa makanan, sedar tak sedar air mata kita mengalir kerana kasihan dan tidak sanggup melihat mereka kelaparan.

Itulah terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang dilihat sedang mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah di sekitar Ipoh, Perak.

Menerusi laman Facebook Ipoh Com, terdapat video yang dikongsikan dan berjaya meraih lebih 9,700 perkongsian dalam masa 24 jam.Lelaki Warga Emas Kelaparan, Terpaksa Makan Sisa Makanan Dalam Tong Sampah Untuk Alas Perut

“Lokasi berdekatan UTC Pasar Besar di Ipoh. Pakcik mencari makanan dalam sampah dan memakan sisa yang dibuang oleh orang lain,” tulis kapsyen posting tersebut.

Menerusi video itu, warga emas itu kelihatan seperti gelandangan dengan memakai pakaian kotor dan keadaan dirinya yang tidak terurus. Dia juga kelihatan kurus dan agak kurang sihat malah sebaik sahaja menjumpai cebisan sisa itu, dia terus makan tanpa ragu-ragu.

VIDEO:

Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkan komen dimana mereka juga sering kelihatan pakcik berkenaan di sekitar Ipoh.

Sumber: Ipoh Com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *