Lelaki Terkejut Jumpa Bayi Perempuan Di Belakang Rumah

Bayi perempuan yang masih hidup ditemui di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan, dekat sini, tengah hari tadi.Lelaki Terkejut Jumpa Bayi Perempuan Di Belakang Rumah

Bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui berbungkus kain batik, bertuala dan masih mempunyai tali pusat serta uri.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira jam 12 tengah hari mendakwa menemui bayi perempuan di belakang sebuah rumah.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi berkenaan dijumpai oleh lelaki itu selepas diberitahu oleh kanak-kanak yang bermain di hadapan rumahnya.

“Bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan berbungkus kain batik, tuala dan masih mempunyai tali pusat serta uri. Tiada maklumat kelahiran ditemui bersamanya.

“Pemeriksaan awal pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di tempat kejadian mendapati fizikal bayi dalam keadaan normal serta stabil.

“Usia bayi dipercayai baru beberapa jam berdasarkan uri dan tali pusat masih basah. Bayi itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *