Lelaki Melepaskan Kemarahan Pada Isteri Dengan Menuang Bancuhan Simen Ke Dalam Kereta Isterinya

Seorang Lelaki Melepaskan Kemarahan Pada Isteri Dengan Menuang Bancuhan Simen Ke Dalam Kereta Isterinya. Alasan Dia Tak Masuk Akal Langsung! Dalam satu siri peristiwa yang luar biasa, seorang suami yang tidak puas hati memenuhi kereta isteri nya dengan simen.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Melepaskan Kemarahan Pada Isteri Dengan Menuang Bancuhan Simen Ke Dalam Kereta IsterinyaKisah itu bermula apabila pasangan yang tidak di namakan di St Petersburg, Rusia, sedang melalui masa perkahwinan yang agak “mencabar”.

Tuangan simen ke dalam kereta ini adalah sebagai tindakan dendam ke atas yang menukar nama keluarga nya kepada nama sebuah pasar raya tempatan.

Rupa-rupa nya, si isteri mengubah nama keluarganya tanpa memberitahu suaminya rancangan sebenar nya. Wanita itu menukar nama nya keluarga menjadi “Veniy,” nama pasar raya tempat. Nama itu, ironi nya, diterjemahkan kepada “Setia”.

Kedai tersebut mempunyai promosi di mana ia berjanji untuk bayar sekitar $ 875 sebulan sekira nya pelanggan atau pekerja menukar nama mereka ke nama kedai, dan terus membayar selagi peserta mengekalkan nama mereka dengan cara itu.

Sekira nya tidak cukup pelik, kaedah membalas dendam si suami pun pelik.

Seorang penumpang merakam tindakan dengan kamera semasa suami membantu pemandu trak simen yang disewa itu ke tingkap terbuka kereta sedan empat pintu merah, sebelum memberi perintah kepada pemandu untuk menuang bancuhan simen ke bawah pelongsor dan mengisinya hingga ke tingkap.

Seolah-olah senang dengan dirinya dalam video, suami tersenyum dan bercakap gembira kepada lelaki itu dengan kamera sepanjang kejadian itu.

Suaminya dilaporkan memilih untuk meredakan kemarahannya di atas kereta kerana dia tahu bahawa isterinya sayang kereta tersebut dan selalu menjaga kereta tersebut dalam keadaan bersih

Video tersebut dimuatnaik ke YouTube dan telah menerima lebih daripada 1.8 juta pandangan dan beribu-ribu ulasan dalam empat hari, banyak yang mengecam tindak balas si suami yang dianggap agak melampau.

“Saya harap si bodoh ini mendapat balasannya”, tulis seorang pengulas.

“Pemandu trak itu pun boleh didakwa,” kata seorang lagi. “Sama seperti lelaki ini, secara teknikal dia adalah orang yang menuangkan simen, kenapa dia perlu bersetuju untuk berbuat demikian?”

Walaupun sudah pasti luar biasa, nampaknya tindakan mengisi kereta dengan simen sebagai balas dendam bukannya satu perkara yang baru.

Pada bulan Jun 2013, seorang lelaki di Rusia telah dirakam sedang mengisi sebuah kereta yang menghalang laluan parkingnya dengan bancuhan simen kerana ia menyekat jalan keluarnya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *