Lelaki Kantoi Curi Tangkap Gambar Wanita Dan Beronani di Ipoh Parade Mall

Lelaki Kantoi Curi Tangkap Gambar Wanita Dan Beronani di Ipoh Parade Mall. Semenjak dua menjak ini banyak betul kisah tidak senonoh yang kita dengar berlaku di tempat-tempat awam.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Kantoi Curi Tangkap Gambar Wanita Dan Beronani di Ipoh Parade MallBaru-baru ini seorang wanita telah berkongsi kisah warga Bangladesh yang curi-curi mengambil gambar anaknya sewaktu mereka berada di sebuah pasaraya. Kali ini, bukan orang Bangladesh yang terlibat tetapi warga tempatan pula.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang pengguna Facebook bernama Kenny telah berkongsi di laman sosial miliknya saat dia menyaksikan kejadian yang tidak senonoh berlaku di depan mata sendiri. Kenny memaklumkan bahawa dia terkejut apabila ternampak seorang lelaki tua sedang curi-curi mengambil gambar wanita berseluar pendek yang berada di hadapannya.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Kantoi Curi Tangkap Gambar Wanita Dan Beronani di Ipoh Parade Mall

Sudahlah mengambil gambar tanpa pengetahuan wanita itu, lelaki tua berkenaan sempat pula memuaskan nafsu dengan berkelakuan tidak senonoh betul-betul di belakang wanita tersebut. Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah pusat membeli belah yang terletak di Ipoh Parade Mall, Perak.

“Macamlah ambil gambar curi-curi tu tak cukup teruk, boleh pulak dia berdiri dan masturbate betul-betul belakang perempuan tu?! Kalau bukan sebab ibu halang saya waktu tu, saya dah dedahkan kelakuan tak senonoh dia pada orang awam kat situ jugak!” kata Kenny dalam entrinya.

Difahamkan, wanita terbabit sedang menyaksikan sebuah persembahan yang berlangsung di lobi pusat membeli belah tersebut bersama rakan-rakannya sewaktu lelaki tua yang miang itu menangkap gambarnya dari belakang.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Kantoi Curi Tangkap Gambar Wanita Dan Beronani di Ipoh Parade Mall

Walaupun Kenny tidak mendedahkan kelakuan tidak senonoh lelaki tua tersebut kepada orang ramai, dia telah memaklumkan apa yang sebenarnya berlaku kepada mangsa. Bimbang gambarnya akan dimanipulasi oleh lelaki tua berkenaan, wanita itu membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpanya.

Entri yang dimuat naik Kenny mendapat pelbagai reaksi daripada orang awam dan ada yang berkongsi bahawa lelaki tersebut memang terkenal sebagai seorang yang sentiasa berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Kantoi Curi Tangkap Gambar Wanita Dan Beronani di Ipoh Parade Mall

“Dia memang selalu berjalan-jalan di pasar malam sambil gosok kemaluan dia.”

“20 tahun lalu dia pernah raba saya.”

Ada juga yang berkongsi bahawa mereka pernah merampas telefon bimbit lelaki tersebut lapan tahun lalu dan melaporkan kelakuan tidak senonohnya kepada pihak polis.

Ish teruknya! Sentiasalah berhati-hati walaupun di tempat awam!

Sumber : WORLD OF BUZZ via lobakmerah

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *