Kisah Cinta Seperti Drama Korea Tapi Di Dunia Nyata

Kisah Cinta Seperti Drama Korea Tapi Di Dunia Nyata. Pada mulanya kedua-duanya datang ke Korea Selatan untuk tujuan melancong. Namun tidak mereka sangka akan bertemu jodoh di negara empat musim itu.

SAJAHEBOH.COM - Kisah Cinta Seperti Drama KoreaBegitulah yang terjadi kepada pasangan muda Abdul Fakkar Maududi Safi, 27, dan Khadijah Salamah Ibrahim, 30, Beberapa bulan lalu, video pernikahan mereka selama empat minit menjadi tular di media sosial.

Pernikahan yang ‘simple’ dalam satu majlis di dalam Pusat Buku Islam di Seoul, Korea Selatan menjadikan video itu tular. Mereka bernikah hanya dengan memakai pakaian musim sejuk.

Uniknya, untuk berkahwin di Seoul adalah amat mudah. Pasangan hanya perlu menyediakan mas kahwin sebanyak 200,000 Won (RM756) beserta dengan cincin perkahwinan.

“Saya memang suka melancong ke Korea, kalau ikutkan ini kali kelima saya datang ke sini. Tak pernah terfikir akan bernikah dekat sini kerana niat asalnya hanya mahu pergi melancong.

“Bila difikirkan jalan cerita perkenalan kami ini tak sangka macam drama Korea. Tak ada angin tak ada ribut, jalan-jalan terus jumpa jodoh… semuanya kuasa Allah,” katanya.

SAJAHEBOH.COM - Kisah Cinta Seperti Drama KoreaKat dan Abdul Fakkar menunjukkan sijil pernikahan mereka.

Kat berkata dia mengenali suaminya, Abdul Fakkar pada Ogos lalu semasa kedua-duanya tinggal di rumah tetamu yang sama ketika masing-masing melancong ke Seoul.

“Dari situ kami sering bertegur sapa memandangkan sama-sama datang dari Malaysia. Mula-mula tu hubungan kami sekadar kawan biasa.

“Selepas itu, saya balik sekejap ke Malaysia sebelum datang semula ke sini dua minggu selepas (Hari) Raya. Tiba-tiba (dia) suami mesej ajak nikah, agak terkejut jugalah.

“Tapi saya pun berdoa kepada Allah kalau dia jodoh saya, jadikanlah dia halal untuk saya. Alhamdulillah pernikahan kami dipermudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi keluarganya, Kat berkata dia dan suaminya telah memaklumkan kepada ahli keluarga masing-masing mengenai niat mereka untuk bernikah di Seoul.

“Mak kata ok… sekurang-kurangnya ada orang jaga semasa berjauhan dengan keluarga. Jika niat kita betul dan ikhlas, Allah akan permudahkan segala urusan kita.

“Sama seperti proses pernikahan kami, dalam setengah jam dah selesai. Kadi (Sheikh Muneer Ahmad) hubungi abang sebagai wali, kemudian abang bagi kebenaran dan segalanya selesai.

“Dekat sini mudahnya, proses pernikahan betul-betul ikut cara Islam yang sebenar. Ia tidak merumitkan tetapi memudahkan mereka yang ingin berkahwin,” katanya.

Bagaimanapun, Kat berkata mereka masih perlu mendaftarkan semula perkahwinan mereka di Malaysia.

“Insya-Allah kami akan kembali ke Malaysia awal bulan depan. Kami akan daftarkan semula perkahwinan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku di kemudian hari,” katanya.

Kat dan Abdul Fakkar masih berada di Seoul dan berkhidmat sebagai sukarelawan di sebuah rumah tetamu di negara itu.

Sumber: Mstar

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *