Kereta Terbang Rempuh Tingkat Dua Bangunan, Bagaimana Boleh Berlaku? Ini Penjelasannya

Kereta Terbang Rempuh Tingkat Dua Bangunan, Bagaimana Boleh Berlaku? Ini Penjelasannya. Seorang lelaki terperangkap selama sejam selepas kereta dinaikinya terbabas sebelum ‘terbang’ lalu terperosok di tingkat dua sebuah bangunan di sini kelmarin.

SAJAHEBOH.COM - Kereta Terbang Rempuh Tingkat Dua Bangunan, Bagaimana Boleh Berlaku? Ini PenjelasannyaKemalangan di selatan California, Amerika Syarikat (AS) itu turut menyebabkan berlakunya kebakaran kecil ketika mangsa dan seorang pemandu berada di dalam kereta.

Bagaimanapun, salah seorang daripadanya berjaya keluar dari kereta yang menembusi bangunan pejabat itu sebelum memadamkan kebakaran.

Jurucakap bomba, Stephen Horner memberitahu, pihaknya berjaya menyelamatkan mangsa yang lebih sejam terperangkap di dalam kereta yang tergantung itu.

“Kereta itu yang dipercayai dipandu laju terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan melayang merempuh bangunan.

SAJAHEBOH.COM - Kereta Terbang Rempuh Tingkat Dua Bangunan, Bagaimana Boleh Berlaku? Ini Penjelasannya

“Seorang penumpang kereta itu berjaya keluar tanpa bantuan, manakala seorang lagi terperangkap dan terpaksa meminta bantuan bomba,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian bangunan pejabat berkenaan tidak berpenghuni.

Katanya, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital berhampiran kerana mengalami kecederaan ringan yang dialami mereka.

“Kedua-dua mangsa sangat bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada mangsa lain yang terbabit dengan insiden ini,” jelasnya.

Sumber : Page Malaysian Response Team

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *