Kerap Mimpi Suami Sekatil Dengan Perempuan Lain Tapi Tiada Tanda Suami Curang

Kerap Mimpi Suami Sekatil Dengan Perempuan Lain Tapi Tiada Tanda Suami Curang.. Rupa-Rupanya Itu Petanda… Saya nak tanya pendapat semua, macam mana nak buat kalau dapat lelaki jenis gatal dan tak pernah berubah even dah janji nak berubah?

SAJAHEBOH.COM - Kerap Mimpi Suami Sekatil Dengan Perempuan Lain Tapi Tiada Tanda Suami Curangsaya x kerja, surirumah, umur 27, ada degree & now tengah preggy 8 months. Cerita macamni suami pernah kantoi dengan saya bawak balik perempuan tidur rumah saya masa saya tengah kerja (dia balik time lunch dan masa ni saya still kerja lagi bukan housewife macam sekarang dan saya & husband sama2 office hour).

Dia kenal perempuan tu kat wechat & surprisingly perempuan tu duduk bawah tingkat rumah saya je.

Tuhan nak tunjuk, saya mimpi banyak kali suami tidur dengan perempuan lain, saya just ignore je sebab tiada tanda2 dia curang rupanya tu petunjuk dari Allah.

Malam2 pernah terjaga tengok suami takde kat sebelah. Bila saya tanya dia cakap pergi tidur kat kereta. Logic tak? then bila dah kantoi baru saya tau dia pergi tidur rumah perempuan tu malam2, subuh2 senyap2 naik balik rumah tidur macam biasa.

Bila saya contact perempuan tu rupa-rupanya dia tak tau yang suami saya dah kahwen. Perempuan tu terjumpa fb saya baru dia dapat tau suami saya dah beristeri tapi suami saya buat cerita cakap dah ceraikan saya tapi tak boleh nak proceed perceraian sebab kami kahwen kat Thailand.

Dia x cakap pun yg kami dh nikah sini ikut undg2 malaysia, siap ada majlis sanding semua sebab hanya family terdekat je tau kami nikah siam).

suami jgk pernah kantoi pergi karoke dgn perempuan yg kenal kt bigo live. Macamne saya tau? sebab time ni saya baru dpt hack whatsapp suami (dia x tau sampai skrg).

Saya dpt tau dia nak keluar dgn perempuan lain, sy cuba halang tapi sy yg dipukul dan diludah kt muka disepak terajang. (nasib baik x gugur sebab time ni x tau yg dah 4 weeks preggy). Siap ajak perempuan tu kahwen kat siam dan cakap dia dah bercerai dgn saya. Itupun selepas kantoi perempuan tu terjumpa gambar dia kahwen dengan sy.

Awal2 mengaku bujang hahah kelakar kan. Bila sy tanya dia dan kami bergaduh, dia mintak maaf dan janji takkan ulang lagi, janji nak jadi suami yg baik depan mak mertua saya. tapi skrg ni suami sy masih x berubah. masih macam tu.

Now dia tgh rapat dgn sorg budak trainee indonesia pulak. suami sy incharge untuk student trainee dari indon.. so mmg dia ni akan rapat dgn trainee la masalahnya terlalu rapat lebih lebih lagi dgn bdk perempuan.

kdg2 pukul 2 pagi pun ajak jumpa. penah dia nak ajak trainee pegi karoke la jalan2 kl la putrajaya, melaka, penang. tp sy dpt caras dulu sbb sy boleh baca wasap dia. sekarang diorg contact guna apps Line je cmn sy nak tau dia borak apa sebab Line x boleh hack fon dia ltk password :'(

minggu lepas saya jaga mak dia seminggu di kampung, lgsg dia x ambik tau pasal sy melainkan kalau sy yg wasap dia dlu @ msg dia dulu sy buat video cll pun dia x angkt cll pun susah angkt. tuhan nak tnjuk pagi ni dia lupa lock screen sy baca conversation dia dgn trainee tu.. tiap2 mlm video cll, kelua makan sama2 dll. sy tau sy mgkin x cukup sempurna untuk dia..

apa yang patut saya buat ye. sy bakal bersalin awal oktober nanti rasa mcm nak lari je bia dia x dpt cari sy sb sy dah x tahan dia layan sy mcmni. utk makluman, dia jugak kaki pukul n cpt naik angin x boleh bawak bincg langsung mesti akan gaduh n naik suara.. perlukah saya berpisah dgn dia sb dia tak kan berubah perangai gatal tu

sekian.

Kredit : KisahRumahTangga

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *