Kepala Tupai Tersekat Dalam Cawan Dan Ketakutan, Tindakan Paramedik Ini Dipuji Netizen

Kepala Tupai Tersekat Dalam Cawan Dan Ketakutan, Tindakan Paramedik Ini Dipuji Netizen. Satu video berdurasi satu minit memaparkan situasi beberapa orang paramedik cuba menyelamatkan seekor tupai yang tersekat kepalanya di dalam sebuah cawan yogurt mendapat perhatian ramai netizen.

SAJAHEBOH.COM - Kepala Tupai Tersekat Dalam Cawan Dan Ketakutan, Tindakan Paramedik Ini Dipuji Netizen                             SAJA HEBOH                        SAJAHEBOH.COMVideo berkenaan sempat dirakam oleh anggota paramedik Enfield di Connecticut, Amerika Syarikat yang terdiri daripada beberapa anggota lelaki dan mereka berhempas pulas cuba memberikan bantuan kepada tupai yang dalam ketakutan itu.

Bagaimanapun, menurut laman berita antarabangsa Mirror, usaha mereka menjadi rumit apabila mangsa asyik melompat-lompat ke udara dipercayai mungkin cuba menanggalkan kepalanya yang tersekat itu.

SAJAHEBOH.COM - Kepala Tupai Tersekat Dalam Cawan Dan Ketakutan, Tindakan Paramedik Ini Dipuji Netizen SAJA HEBOH SAJAHEBOH.COM

Selepas beberapa percubaan, mereka berhasil menangkap mamalia kecil itu dan mengeluarkan kepala yang tersekat sebelum mangsa dilepaskan kembali ke dalam kawasan semak berdekatan.

Tambah laman itu lagi, lebih 300,000 netizen telah menyaksikan video aksi dramatik berkenaan yang dimuat naik ke laman Facebook.

Malah sesetengah daripada mereka mencadangkan agar anggota paramedik terbabit diberikan penghargaan kerana telah menyelamatkan nyawa tupai tersebut. [Sajaheboh.com]

Salah seorang daripada mereka menulis: “Dua orang daripada anggota itu harus menerima pujian daripada penduduk bandar.”

Selain itu ia juga memaparkan kemurnian hati dan kesanggupan anggota paramedik tersebut dalam membantu tupai berkenaan.

Video yang dimuat naik itu secara tidak langsung menggesa dan mengajak orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membuang sampah atau bahan kitar semula mereka dalam usaha mengurangkan ancaman terhadap hidupan liar.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.