Keluarga Merasa Pelik Melihat Saiz Anak Anjing Dibeli Mereka Membesar Setiap Hari

Beberapa tahun dahulu, satu keluarga berhasrat untuk membeli seekor anak anjing dan akhirnya membeli seekor anak ‘anjing’ berwarna hitam. Anak ‘anjing’ tersebut dibeli mereka ketika pergi melancong dan Individu yang menjual haiwan itu mendakwa haiwan itu adalah anjing baka Tibetan mastiff.

Berminat dengan haiwan itu, keluarga berkenaan mengambil keputusan untuk membeli dan membelanya. Namun, mereka mula merasa pelik apabila saiz ‘anjing’ itu semakin hari semakin membesar dari hari ke hari.

“Saiznya yang semakin membesar menampakkan haiwan itu seperti beruang hitam,” kata pemiliknya yang dikenali sebagai Su yang masih enggan memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Selepas beberapa ketika, akhirnya baru mereka menyedari anak ‘anjing’ yang dibeli dan dibela mereka sebenarnya bukan anjing tetapi beruang hitam!

“Walaupun saya agak gerun dengan beruang hitam, selepas membelanya selama dua tahun, saya agak menggemarinya,” katanya.

 

Bagaimanapun, haiwan itu tidak berhenti membesar dan mula menunjukkan kemampuannya untuk berjalan dengan dua kaki. Keluarga itu akhirnya terpaksa mengalah dan menghubungi pihak berwajib untuk datang membantu.

 

Kakitangan di Pusat Penyelamat Hidup Liar Yunnan tiba di kediaman keluarga itu di Kunming untuk mengambil beruang berkenaan yang beratnya mencecah 200 kilogram dengan cara disuntik dengan ubat pelali.

Meskipun keluarga berkenaan merindui ketiadaan beruang itu, sekurang-kurangnya perbelanjaan seisi rumah mereka tidak terbeban lagi. Su berkata, sebelum ini beruang itu diberi makan sekotak buah-buahan dan dua baldi mee setiap hari.

 

Semoga beruang hitam itu mendapat kehidupan yang lebih baik dan penjagaan yang lebih teratur selepas ini.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *