Kecewa Putus Tunang, Lelaki Nekad Kahwin Dengan Diri Sendiri

Mereka yang pernah mengalami pengalaman putus cinta sahaja tahu betapa sedih dan pendihnya perasaan ketika fasa itu. Mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Boleh kata, semua benda yang dilakukan terasa seperti kosong dan tiada makna.sajaheboh.com - Kecewa Putus Tunang, Lelaki Nekad Kahwin Dengan Diri Sendiri

Namun, lain pula yang terjadi buat seorang doktor di Brazil ini yang mempunyai cara tersendiri untuk mengubat hati yang terluka.

Dr. Diogo Rabelo, 33, tular selepas dia bertindak mengahwini diri sendiri di sebuah majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Meskipun kedengaran sedikit pelik dan menyedihkan, gambar dan video yang dimuat naik oleh Rabelo di Instagram menerima komen positif dan membina daripada orang ramai.

sajaheboh.com - Kecewa Putus Tunang, Lelaki Nekad Kahwin Dengan Diri Sendiri

Majlis kahwin ini bertempat di sebuah tempat peranginan di Bahia, Brazil. Apabila ditanya mengapa dia memilih untuk berkahwin dengan diri sendiri, Rabelo mempunyai penerangannya yang tersendiri.

Keputusan ini dibuat selepas Rabelo mengalami pergaduhan besar dan salah faham bersama bekas tunangnya, sehingga menyebabkan hubungan mereka putus di tengah jalan. Menurut sumber, perkahwinan unik ini memakan kos sehingga RM270,000.

Dalam salah satu gambar yang dimuat naik di Instagram, Rebelo ada meluahkan perasaan gembiranya kerana dapat berkahwin dengan diri sendiri.

sajaheboh.com - Kecewa Putus Tunang, Lelaki Nekad Kahwin Dengan Diri Sendiri

“Perkara yang bagus apabila anda berkahwin dengan diri sendiri adalah tiada peraturan yang perlu dipatuhi. Anda mempunyai kebebasan dan keseronokan yang anda mahukan”

sajaheboh.com - Kecewa Putus Tunang, Lelaki Nekad Kahwin Dengan Diri Sendiri

Pasti anda tertanya bagaimana majlis ini berlangsung bukan? Untuk menerima pinangan daripada diri sendiri, Rabelo melafazkan “saya terima” di hadapan sebuah cermin, sebagai tanda dia bersetuju dengan hubungan indah itu.

Meskipun hubungan Rabelo bersama bekas tunangnya putus di tengah jalan, dia masih berharap agar wanita itu menjumpai kebahagiaan yang dicari.

sajaheboh.com - Kecewa Putus Tunang, Lelaki Nekad Kahwin Dengan Diri Sendiri

“Kita mimpikan saat ini, tapi di saat akhir kamu memilih untuk meninggalkan saya seorang diri. Saya di sini, menunaikan janji saya”

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *