“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu” – Sharifah Sakinah Mengakui Sudah Berpisah Dengan Bekas Suami

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan rumah tangga dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, berkecai sejak Mei lalu.sajaheboh.com - "Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu" - Sharifah Sakinah Sahkah Sudah Berpisah Dengan Bekas Suami

Sharifah Sakinah berkata, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

Sharifah Sakinah mengesahkan sudah berpisah dengan bekas suami, Aliff Adha, sejak Mei lalu. ‘

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya kepada BH Online.

sajaheboh.com - "Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu" - Sharifah Sakinah Sahkah Sudah Berpisah Dengan Bekas Suami

Foto IG Anais Adha

Sebelum ini, tersebar kisah konon Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

sajaheboh.com - "Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu" - Sharifah Sakinah Sahkah Sudah Berpisah Dengan Bekas Suami

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Dalam perkembangan lain, aktres serba boleh itu baru selesai menjalani penggambaran telefilem, Kasih Tau Foo Fah berganding dengan Michael Ang.

Telefilem itu akan disiarkan TV3 pada 29 0gos depan.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.