Isteri Tukar Kunci Rumah, Rupa-Rupanya Tengah Berasmara Dengan Rakan Sekerja Yang Juga Seorang Polis

Isteri Tukar Kunci Rumah, Rupa-Rupanya Tengah Berasmara Dengan Rakan Sekerja Yang Juga Seorang Polis. Alam perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Kebanyakan pasangan berkahwin kini mungkin hanya kerana hawa nafsu semata-mata.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Tukar Kunci Rumah, Rupa-Rupanya Tengah Berasmara Dengan Rakan Sekerja Yang Juga Seorang PolisIni yang terjadi kepada seorang lelaki yang terkejut melihat isterinya dalam keadaan mengaibkan bersama seorang lelaki lain di rumah mereka di Sri Petaling.

Amat mengejutkan sekali, wanita itu juga seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan bertindak menukar selak mangga pintu rumah mereka untuk menyukarkan suaminya masuk ke kediaman mereka.

Suami kepada wanita itu sudah lama mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja berpangkat Lans Koperal bertindak memotong mangga sebelum berjaya menangkap isterinya yang dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 5 petang.

Suami wanita itu dipercayai mengintip pergerakan isterinya sejak jam 3 petang.

Kira-kira jam 3.30 petang isterinya menemui seorang lelaki dipercayai teman lelaki isterinya di Jalan Sungai Besi.

Suami wanita itu terus mengekori pasangan tersebut dan amat mengejutkan mereka menuju ke rumah mereka di Sri Petaling dan memasuki rumah.

Suaminya kemudian memotong mangga di kunci dan mendapati pasangan itu sedang asyik berasmara.

Suami wanita itu turut merakam kejadian tersebut dan mengambil butiran teman lelaki isteri sebelum membuat laporan polis.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *