Inilah Keinginan Suami Yang Sering Disimpan Dari Pengetahuan Isterinya

Inilah Keinginan Suami Yang Sering Disimpan Dari Pengetahuan Isterinya. Usia perkahwinan yang lama tidak bermakna pasangan suami isteri itu saling bersikap terbuka dan memahami antara satu sama lain.

SAJAHEBOH.COM - Inilah Keinginan Suami Yang Sering Disimpan Dari Pengetahuan Isterinya

Selalunya, kebanyakkan suami tidak akan menyuarakan keinginan mereka pada isteri. Selalu kita nampak pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin, si isteri yang akan banyak bercakap dan suami pula hanya pilih untuk berdiam diri dan bercakap perkara yang penting sahaja.

Tahukah kamu para isteri, suami juga mempunyai perasaan. Mereka selalu berharap agar si isteri sendiri mengetahui apa keinginan mereka.

Nak tahu apakah keinginan para suami yang tidak pernah mereka ungkapkan, jom baca ni;

Harap ucapan ‘I Love You’ dari isteri setiap hari

para suami selalunya akan merindui saat-saat awal perkahwinannya dahulu, saling bertukar cerita, bertanya khabar, berjalan berpegangan tangan dan bermesra antara satu sama lain. Jauh didalam hati suami sentiasa mengharap agar isterinya memberi ucapan ‘I Love You’ pada setiap hari. Tahukah anda 3 perkataan ini mampu mencipta keajaiban tau. Tak percaya cuba lah.

Selain Anak-Anak, Suami Juga Mahukan Perhatian Dari Isteri

Anak adalah prioriti utama bagi semua perempuan yang bergelar isteri, namun seorang suami akan merasa sangat diabaikan dan berharap isterinya memberi lebih perhatian terhadap dirinya. Hal ini sangat sukar untuk diluahkan oleh para suami, mereka hanya berharap isteri lebih tahu untuk membahagikan masa.

SAJAHEBOH.COM - Inilah Keinginan Suami Yang Sering Disimpan Dari Pengetahuan Isterinya

Lelaki Diam Bukan Sebab Menyimpan Rahsia

Kadang-kadang suami juga perlukan masa untuk bersendirian, selalunya apabila lelaki berdiam diri mereka sedang ligat berfikir. Jika pada masa ini si isteri datang meminta sesuatu dan suami pula tidak menjawab hanya mendiamkan diri. Saat ini suami bukan nya marah dan sedang menyimpan rahsia, mereka cuma perlukan sedikit ruang untuk merancang urusan kewangan keluarga.

Bimbang Dengan Prestasi Seks

Bila sebut dengan ketidak selesaan dan obsesi seseorang lelaki, para suami selalunya akan merasa bimbang dengan prestasi mereka diranjang. Suami selalunya tidak akan menyatakan hal ini, tetapi gagal memuaskan isteri adalah ketakutan terbesar bagi seorang lelaki bernama suami.

Ingin Dipuji

Suami akan berasa gembira jika segala usaha yang dia lakukan untuk membahagiakan keluarga dipuji isteri. Ucapan terima kasih dan senyuman dari isteri mampu membuatkan hari si suami begitu ceria.

Ingin Isteri Lebih Aktif Di Ranjang

Kadang-kadang suami juga mahukan belaian terlebih dahulu daripada isteri sebelum ‘bersama’, para suami akan lebih merasa ghairah jika isteri yang mendominasi. Kerana mereka merasakan seperti dingini dan dihargai. Selalunya suami tidak akan meminta isterinya melakukan seperti itu kerana takut permintaannya seakan memaksa si isteri.

Tak Mahu Terlibat Apabila Isteri Bertengkar Dengan Ibunya

Semua lelaki akan merasa susah dan sukar jika isterinya sering bertengkar dengan ibu mereka. Sebolehnya mereka tidak mahu terlibat sama kerana saat itu mereka terpaksa memilih untuk memenangi pihak yang mana. Para suami akan memilih untuk tidak mengambil peduli jika kedua-duanya bertengkar.

Ini sahaja yang dapat kami kongsikan. Semoga para isteri diluar sana sedar yang suami juga perlukan perhatian walaupun sibuk seharian bekerja.

Cukup dengan senang kan hati suami supaya fikirannya tidak runsing, pastikan harinya sentiasa ceria dan gembira ya!

Credit: Utaranews

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *