Ini Ke Balasan Suami Jalankan Tanggungjawab Sebagai Anak, Suami Dan Bapa Yang Jujur ?

Ini Ke Balasan Suami Jalankan Tanggungjawab Sebagai Anak, Suami Dan Bapa Yang Jujur ? Suami saya kerja shif, bangun pukul 4 pagi, masuk ofis pukul 5 pagi dan habis kerja pukul 3 petang. Lepas redah jem, tol dan singgah di kedai, lebih kurang pukul 4 petang sampai di rumah.

SAJAHEBOH.COM - Ini Ke Balasan Suami Jalankan Tanggungjawab Sebagai Anak, Suami Dan Bapa Yang Jujur ? Sudah sampai kat rumah, suami tolong jaga anak-anak kembar kami. Sekarang ini fasa asyik bergaduh berebut, bercakaran, panjat-memanjat, gigit menggigit dan merajuk mengamuk.

Walaupun semua mainan disediakan dalam ganda dua, mereka tetap bergaduh, koyak mental hadap seorang diri setiap hari. By the way, saya seorang suri rumah sepenuh masa.

Bila suami balik, dia kan tanya dulu, hari ini dengan anak-anak macam mana, semua sudah makan? Memang berdas-das saya mengadu pasal anak-anak punya ragam. Lepas mengadu, dia akan tukar turn menjaga anak dan saya pula ke dapur untuk memasak dan buat apa-apa yang patut.

Lepas itu sampai ke malam dia tidak tidur, sama-sama tolong jagakan anak, susukan anak, bagi makan anak, uruskan anak mandi, berak dan kencing.

Gaji suami dalam 20 hari bulan. Gaji dia untuk orang bujang mungkin nampak besar, tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang, tanggungan 4 beranak dan komitmen lain, jadinya tidak besar mana pun.

Setiap inci yang ada dalam rumah, setiap apa yang kami pakai, makan dan sarung ke badan, kereta dan insurans, semua itu duit dia.

Nafkah saya kadang ada, kadang tiada, sebab kadang dia terlupa. Kadang-kadang sebab hal-hal terdesak, jadi saya cakap, takpe, bulan ini skip.

Tetapi setiap kali dia lupa, nak bagi, saya amibil seringgit dari dompet dia dan saya niat dalam hati, ya Allah, aku ikhlaskan hati duit nafkah aku bulan ini seringgit. Doa mohon Allah SWT catat pahala buat dia.

Semalam, keluarga ipar dan mentua ramai-ramai ajak keluar, sebelum keluar ramai-ramai utu, suami singgah stesen minyak, mahu keluarkan duit siap-siap. Dia masuk kereta saya tanya, tinggal berapa dalam bank? Tinggal RM50 je? Serius ke?

Aah,. serius, tetapi takpelah, esok atau hari ini gajilah kot. Saya gelakkan saja, siap cakap kalau takut tidak cukup duit minyak dan tol ke pejabat esok, boleh bawa siap-siap tabung syiling anak-anak. Di dalam hati saya, saya berdoa, semoga ada rezeki terselit untuk kami anak-beranak supaya RM50 ini bertahan sampai gaji dia.

Allah maha mengasihi, semalam masa makan dengan keluarga semia, tuan kedai belanja makan sebab kenalan biras saya. Tidak keluar satu sen pun. Siap bagi manisan bubur dan kuih berbekas-bekas untuk kami bawa pulang.

Sudah keluar itu, kami ramai-ramai berbincang di parkir kereta mahu jalan pergi mana. Saya doa-doa dalam hati, minta-minta bukanlah ke shopping mall sebab RM50 di mall macam air paip saja sekarang. Tetapi Allah SWT tolong lagi, semua setuju jalan-jalan di taman awam, masuk percuma, jimat lagi duit kami.

Sampai sana sudah petang, tidak terik sangat, bawa manisan yang tuan rumah sedahkan tadi, buat makan petang. Ya Allah, sedap sangat, percuma pula tu. Makan ramai-ramai dengan ipar, biras, mertua dan anak-anak buah, nikmatnya Subhanallah.

Bila sudah dekat waktu Maghrib, balik ke rumah ipar sebab mentua mahu bertolak pulang ke kampung tengah malam. Mak mentua masak, jadi makan malam percuma lagi. Alhamdulillah.

Selepas itu, sudah mahu pukul 10 malam, suami esok kerja pukul 4 pagi pula, jadi kami pun meminta diri mahu pulang, sambil salam-salam itu, mak mertua selit RM50, saja katanya. Segannya Ya Allah, tetapi mak mentua paksa ambil, jadi saya ambil sajalah.

Alhamdulillah, dalam kereta senang hati sebab esok suami pergi kerja ada RM50 untuk bayar minyak, tol, parking dan duit makan sementara itu ada RM50 untuk kecemasan sementara tunggu gaji masuk. Masa ini, teringat doa siang-siang tadi, saya redhakan saja apa yang mahu terjadi keluar ramai-ramai dengan keluar dengan RM50.

Saya sujud syukur berkali-kali sebab semalam murah sangat rezeki kami, saya terfikir, mungkin ini balasan Allah SWT sebab suami pikul tanggungjawab sebagai anak, sebagai suami dan bapa dengan amanah jujur. Sampai ke hari ini, walaupun hujung bulan duit hampir habis, tetapi tidak pernah lagi kami dan anak-anak putus makan.

Betullah yang saya selalu dengar, kalau suami bahagiakan isteri dan anak-anak, melimpah ruah rezeki dia datang dalam pelbagai bentuk, kalau suami abai anak isteri, Allah SWT sekat rezeki suami dalam pelbagai cara.

Sekian.

Sumber. Ohmymedia, KRT

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *