Ibu Hampir Pitam, Anak Gadis Keluar Tandas Awam Memegang Bayi Berlumuran Darah

Gejala sosial pada masa kini adalah satu masalah yang dianggap semakin serius memandangkan hampir setiap hari ada saja berita yang membabitkan masalah sosial yang berlaku di antara remaja lelaki dan perempuan tidak cukup umur dan sebagainya.sajaheboh.com - Ibu Hampir Pitam, Anak Gadis Keluar Tandas Awam Memegang Bayi Berlumuran Darah

Dengan pendedahan media sosial seperti tidak disekat, anak-anak remaja pada hari ini dilihat begitu berani dan tidak berasa malu untuk melakukan perbuatan maksiat malahah ada yang sangat bijak menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.

Baru-baru ini, satu berita yang amat mengejutkan seorang ibu apabila dia mendapati anak perempuannya yang berusia 15 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi di dalam tandas awam.

Kejadian tersebut disedari ibunya pada November lalu, apabila dia keluar bersama suaminya diikuti anak lelaki dan anak perempuannya ke sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun, anak perempuannya itu telah mengadu yang dia senggugut dan sakit perut serta mahu ke tandas segera.

sajaheboh.com - Ibu Hampir Pitam, Anak Gadis Keluar Tandas Awam Memegang Bayi Berlumuran Darah

Selepas satu jam berlalu, wanita tersebut mendapati anak perempuannya itu masih lagi belum keluar daripada tandas awam berkenaan. Walau bagaimanapun, tidak beberapa lama selepas itu dia sangat terkejut selepas mendapati anak gadisnya itu sedang mendukung seorang bayi yang dipenuhi dengan d@rah merah.

Ekoran terkejut dengan situasi tersebut, wanita itu bersama suaminya terus bergegas ke hospital dengan membawa anak dan bayi tersebut serta turut membuat laporan polis. Menurut ibu bapa remaja berkenaan, mereka langsung tidak menyedari bahawa anak gadisnya itu sedang sarat mengandung.

sajaheboh.com - Ibu Hampir Pitam, Anak Gadis Keluar Tandas Awam Memegang Bayi Berlumuran Darah
Gambar Hiasan

Selepas diminta memberikan penjelasan kepada ibu bapanya, gadis tersebut akhirnya mengakui yang dia pernah ‘tidur’ bersama teman lelakinya yang dipercayai berusia 17 tahun. Menurut beliau lagi, dia dan remaja lelaki terbabit telah pun berpisah sejak lima bulan lalu.

Trgaedi ini pasti mengejutkan seluruh ahli keluarga gadis tersebut. Semoga mereka semua tabah menghadapi ujian yang sangat berat ini.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *