Harmonika Tersangkut Dalam Mulut Gara-gara Nak Buat Video TikTok

Gara-gara nak merakam video lawak dalam akaun TikTok, seorang gadis terpaksa menghadapi saat cemas apabila alat muzik harmonika tersangkut di dalam mulutnya dan tidak dapat dikeluarkan.sajaheboh.com - Harmonika Tersangkut Dalam Mulut Gara-gara Nak Buat Video TikTok

Seorang pengguna TikTok di Kanada berdepan detik cemas apabila alat muzik harmonika tersangkut di dalam mulutnya ketika cuba merakam video untuk menghiburkan sepupunya.

Akibat kejadian itu, Mollie O’Brien yang merupakan seorang pelajar di sekolah tinggi Ontario terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan instrumen tersebut.

Menurut laporan Daily Mail, remaja terbabit mula merakam video lucu di akaun TikToknya cemas selepas menyedari harmonika itu gagal dikeluarkan.

sajaheboh.com - Harmonika Tersangkut Dalam Mulut Gara-gara Nak Buat Video TikTok

 

Ketika lagu berjudul I Just Did a Bad Thing dendangan BIll Wurtz sedang dimainkan, dia mula menulis lirik pada video tersebut tanpa menunjukkan keseluruhan wajahnya.

“Saya baru sahaja melakukan perkara yang mengarut. Saya menyesal dengan apa yang dilakukan. Anda mungkin tertanya-tanya apa yang telah saya lakukan. “Saya telah masukkan keseluruhan harmonika di dalam mulut dan kini ia tersangkut,” tulisnya sambil mula mendedahkan wajahnya.

Meskipun pada awalnya dia mendapati situasi itu kelakar, namun selepas 30 minit dia mula berasa sakit dan kebas.

 

“Setiap kali saya menghembuskan nafas, ia mengeluarkan bunyi bising. Jujurnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh tersangkut,” tulisnya lagi.

sajaheboh.com - Harmonika Tersangkut Dalam Mulut Gara-gara Nak Buat Video TikTok

Ibu O’Brien kemudiannya membawa dia ke hospital sebelum dirujuk ke doktor gigi. Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 1.8 juta tanda suka. 

Mohon kepada semua netizen di luar sana, kalau nak buat sesuatu yang lucu macam buat video TikTok, seeloknya jangan buat secara membabi-buta takut jadi macam gadis ini pula.  Nasib baik tiada apa-apa dan harmonika tu cuma tersangkut, tapi tu pun kena hantar pergi doktor untuk keluarkan.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *