Hanya Gunakan Tiga Bahan Ini Dapat Cantikkan Muka, Mudah Dan Berkesan

Dengan Hanya Gunakan Tiga Bahan Ini Dapat Cantikkan Muka, Mudah Dan Berkesan. Ramai yang mempunyai kulit kusam, nampak tidak bermaya dan juga nampak lebih tua dari umur. Ini menandakan kulit anda tidak cukup zat.

SAJAHEBOH.COM - Hanya Gunakan Tiga Bahan Ini Dapat Cantikkan Muka, Mudah Dan BerkesanRamai yang mengambil keputusan untuk membeli produk-produk yang dijual dengan harga yang mahal dan kononnya menjanjikan kulit bersinar bak bulan purnama, dan akhirnay kulit menjadi rosak dan makin teruk!

Jadi jika anda seorang wanita yang mahukan kecantikkan semulajadi dan takut akan produk-produk luar yang berkemungkinan mengandungi bahan-bahan terlarang dan merkuri, boleh mencuba kaedah mudah ini. Bahan-bahan pun mudah dicari dan didapati di kedai-kedai tau!

Ikuti tips yang dikongsikan oleh saudari Siti Azlina ini, beliau kongsikan tips ini di laman sosial facebook. Jom kita lihat!

Kita semua maklum khasiat tumbuh-tumbuhan, herba yang boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan kita selain dari mencantikkan muka serta tubuh badan. Okay, hari ni Kak Lynn nak cita pasal kelebihan kunyit. Kunyit ni rata-rata antara kita tahu, sebagai rempah dalam masakan. Yang utama, lumur pada ikan, ayam untuk digoreng. Betul kan?

Okay, sebenarnya kunyit ni sangat banyak manfaat untuk kulit kita. Macam-macam yang kita boleh buat dengan kunyit tapi hari ni saya sekadar ingin bercita salah satunya saja iaitu untuk glowingkan muka kita secara semulajadi.

Tahu tak, gabungan kunyit, madu dan susu sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit yang kusam, selain dari memberi efek glowing kepada kulit muka. Ini serba ringkas bahan dan cara yang diperlukan untuk menghasilkan masker muka dari kunyit, madu dan susu.

Bahan-bahan:

  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu susu ( Kak Lynn guna susu tepung anak Kak Lynn jur tadi hehe )

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan kat atas ni dan gaul hingga sebati. Sebelum sapu masker pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka.
  2. Bilas muka seperti biasa dengan air suam supaya liang pori terbuka, bagi memudahkan nutrien lebih menyerap ke dalam lapisan muka.
  3. Sapukan masker tadi di muka secara menyeluruh. Biarkan 10 minit nutrien masker meresap. Bilas muka dengan air sejuk dan cuci dengan pencuci secara nipis.
  4. Amalkan selalu masker ini untuk dapatkan hasil muka lebih berseri dan glowing.

Okay, sekian perkongsian dari Kak Lynn yang terlebih rajin harini.Nak muka glowing cubalah! ?

#TipsDiyKakLynn

#DiyMasker

Sumber: FB Sitiazlina

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *