Gurau Sikit Kau Cakap? Tuduh Aku Hamilkan Perempuan Lain Sampai Bini Aku Minta Cerai!

Gurau Sikit Kau Cakap? Tuduh Aku Hamilkan Perempuan Lain Sampai Bini Aku Minta Cerai! Gurauan seorang lelaki ini membuatkan rumahtangga kawannya hampir hancur musnah. Mana tidaknya, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba mangsa dituduh telah menghamilkan anak perempuan orang.

SAJAHEBOH.COM - Gurau Sikit Kau Cakap? Tuduh Aku Hamilkan Perempuan Lain Sampai Bini Aku Minta Cerai!“Nak bergurau ada batasnya. Walaupun kereta dah pecah, tapi tak apalah sebab harta boleh dicari. Orang yang kita sayang tak dapat ditukar ganti,” demikian tulis Kyrol Aszuky di Facebooknya semalam.

Berdasarkan gambar screenshot perbualan WhatsApp yang dikonsikan, Kyrol dihubungi oleh seorang individu yang menyamar sebagai perempuan bernama Mira. Apabila disoal siapakah perempuan itu sebenar, individu yang tidak bertanggungjawab itu mendakwa dia telah hamilkan anak Kyrol.

“Jangan buat-buat lupa. Saya mengandung anak awak ni. Jangan awak nak lupa pulak,”tulis Mira.

Bagaimanapun, Kyrol terus menafikan dakwaan itu dan memikirkan individu itu tersalah orang.

“Dah dapat, takkan terus lupa? Berani buat berani tanggunglah. Cepat betul lupa. Dah sedap, lepas macam itu saja. Aku mengandung anak kau. Sekarang aku nak kau tanggung!” tulisnya lagi.

Akibat dari perbuatan individu terbabit, isteri kepada Kyrol mengamuk. Kyrol cuba menghubungi individu itu namun panggilannya tidak dijawab membuatkan Kyrol bercadang untuk membuat laporan polis.

Selepas itu, barulah individu berkenaan mengaku dirinya adalah Akmal, rakan kepada Kyrol dan berkata dia hanya bergurau sahaja.

Malangnya gurauan Akmal itu telah menyebabkan isteri Kyrol mengamuk dan meminta diceraikan. Akmal berkata dia mahu cuba menjelaskan kepada isteri rakannya itu, malangnya wanita itu telah lari dari rumah dan enggan mendengar sebarang penjelasan.

“Gurau sikit kau cakap? Bini aku dah naik hantu, nak minta cerai. Kau boleh cakap sikit? Agak-agaklah s*al. Tak payahlah bangsat, bini aku dah lari rumah. Nak minta cerai. dia langsung tak dengar apa-apa dari aku. Good job!” balas Kyrol.

Sementara itu, netizen mengecam tindakan Akmal yang bergurau tak bertempat sehingga hampir memusnahkan rumah tangga rakannya.

“Bodoh punya kawan. Nanti dia dah kahwin, prank macam ni balik. Banggang,” kata Irene.

“Allahuakbar, apa punya kawanlah bergurau sampai nak meruntuhkan masjid orang? Banyak lagi benda boleh dibuat bergurau. Benda begini golongan isteri cukup pantang kalau dengar. Kalau begini punya kawan, tak berkawan pun tak apa.

“Apa-apa pun selagi boleh dipertahankan masjid yang sudah dibina itu, pertahankanlah ye. Kasihan pada anak. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin,” tulis Nurul Darlina.

source: kakishare

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *