Gadis Telan Jamu Dengan Air Gas Undang Kerisauan Doktor Pakar Buah Pinggang

Pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah menerusi laman sosial Twitter mengulang ciap sebuah video memaparkan seorang gadis viral yang menelan 10 biji jamu bersama air berkarbonat.sajaheboh.com - Gadis Telan Jamu Dengan Air Gas Undang Kerisauan Doktor Pakar Buah Pinggang

Video tersebut yang dikongsi seorang pengguna Twitter lain pada mulanya mendapat perhatian pakar buah pinggang tersebut. Mungkin terkejut dengan tindakan gadis itu, Dr Rafidah mendoakan kesihatannya.

“Sebagai seorang Doktor, saya hanya mampu mendoakan agar organ-organ dalaman beliau tidak mengalami kesan sampingan,” ciapnya.

Ciapan tersebut kemudiannya mendapat lebih 21,000 retweet, 25,000 tanda suka dengan ratusan komen dari warga Twitter. Rata-ratanya bersetuju dengan Dr Rafidah tentang bahayanya produk kesihatan seumpama itu kepada kesihatan, terutama buah pinggang.

sajaheboh.com - Gadis Telan Jamu Dengan Air Gas Undang Kerisauan Doktor Pakar Buah Pinggang

Ada juga yang berkongsi mengenai bahayanya produk kesihatan dan kecantikan sehingga boleh menyebabkan kematian.

“Saya ada seorang sepupu perempuan yang baru meninggal setelah tiga tahun mengamalkan pemakanan diet, pil dan barangan kecantikan seperti ini.

“Memang arwah jadi cantik tapi selepas tiga tahun organ dalam semua rosak. Arwah meninggal seorang diri di hospital,” tulis seorang warga Twitter berkongsi pengalaman.sajaheboh.com - Gadis Telan Jamu Dengan Air Gas Undang Kerisauan Doktor Pakar Buah Pinggang
“Kalau betul nak kulit cerah, kulit sihat.. minum air banyak at least dua hingga tiga liter sehari. Amalkan seminggu ke sebulan dah nampak kesan kat kulit.

“Kulit lembap sihat nampak cerah glowing. Sebab toksin pun kurang. Elak makan manis, ais. Darah pun ok. Punca kulit gelap sbb kulit kering,” nasihat warga Twitter lain.

Dalam pada itu Dr. Rafidah menerusi sebuah entri lain turut meluahkan rasa sedih kerana ramai yang mengecam gadis yang juga merupakan pengusaha produk terbabit.sajaheboh.com - Gadis Telan Jamu Dengan Air Gas Undang Kerisauan Doktor Pakar Buah PinggangBeliau berharap agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat gadis itu.

“Sedih juga ramai yang mengecam individu didalam video ini. Kita tidak mengenali beliau. Kita tidak tahu apa sebab beliau buat begitu. Mungkin beliau perlu semangat dan pertolongan kita.

“Kesusahan & kepayahan orang lain, kita tidak akan tahu. Kita doakan yang baik2 sahaja ya,” ciap Dr Rafidah.

Sebelum itu, gadis terbabit tular di media sosial kerana aksi pergaduhannya bersama penjaga keselamatan di sebuah gedung perabot. –

Kredit: GEMPAK

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *