”Dulu Asal Jumpa Mesti Gaduh, Sekarang Siap Landing Atas Riba” Lelaki Kongsi Cara Lembutkan Hati Pasangan. Saat bercinta, memang semua terasa indah. Namun, kita hanya akan mengenali pasangan sepenuhnya setelah berkahwin.
Membayangkan kehidupan rumah tangga yang terlalu bahagia tanpa ada sebarang ujian mungkin hanya ada di dalam drama atau filem sahaja. Realitinya, setelah bergelar suami isteri kita pasti melalui pelbagai asam garam rumah tangga. Salah satunya, berhadapan dengan pasangan yang keras kepala atau ego.
Mungkin juga dalam hal ini suami isteri sama-sama perlu berubah untuk keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Setelah cuba bertolak ansur atau pelbagai cara lagi dilakukan namun masih juga berlaku tikam lidah, tidak sependapat atau salah faham.
Terasa seperti pasangan susah mendengar kata, apa sahaja yang dikata, pasti dibangkang. Jadi bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati pasangan kita?
Satu petua yang dikongsikan oleh Afnan Rosli di laman facebook yang mendapat hampir 30 ribu share dalam masa beberapa jam boleh dijadikan panduan untuk anda. Mungkin selama ini kita tidak sedar, rupa-rupanya ada satu amalan penting dalam kehidupan suami isteri yang dapat membentuk suami yang baik, iseri yang patuh dan taat. Tak percaya? Cuba dulu dalam 40 hari seperti yang dilakukan beliau.
Jom kita baca perkongsian ini seperti di bawah. Moga bermanfaat !
PETUA LEMBUTKAN HATI PASANGAN
Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tau2 wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.
Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.
Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?
Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing2, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan.
Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik2. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!
Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.
Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!
Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa2 hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua2 ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama2 berdoa ni.
The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran Emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.
Jadi, kalau ada pasangan yang asyik2 nak gaduh, asyik2 tak sependapat, asyik2 suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari2, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.
Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah2. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah2 Allah turun kan InsyaAllah.
Paling bagus pergi masjid bawak anak2 sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing2 dah busy dengan urusan masing2 kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.
Macam kes kami, Alhamdulillah laki bini tak kerja. So, kami ada plenty of time together. InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal. Apa lagi? Ajak hubby solat jom.
Sumber: Siakapkeli