Curiga Melihat Pakaian Dipakai Bayi Penumpang Lelaki, Wanita Terus Membuat Laporan Polis

Lelaki Bawa Bayi Duduk Dalam Bas, Penumpang Wanita Curiga Melihat Pakaian Bayinya Dan Terus Lapor Polis. PencuIikan anak masih kerap terjadi, bukan hanya di Malaysia sahaja, tapi juga di negara lain.Curiga Melihat Pakaian Dipakai Bayi Penumpang Lelaki, Wanita Terus Membuat Laporan Polis

Kejadian berlaku di Provinsi Sichuan, China, ada seorang wanita yang baru sahaja pulang dari kerja. Seperti kebiasaannya, dia menaiki bas, namun hari itu, dia melihat seorang lelaki yang mencurigakan di dalam bas.

Lelaki itu menggendong seorang bayi. Bayi tersebut tidak berhenti menangis dan hanya memakai baju lengan pendek, padahal hari itu cuaca dingin sekali.

Lelaki ini tidak mengucapkan sepatah kata apa pun, hanya diam saja sambil terus menepuk-nepuk punggung bayinya dengan agak keras. Kelakuannya kelihatan agak gugup.

Curiga Melihat Pakaian Dipakai Bayi Penumpang Lelaki, Wanita Terus Membuat Laporan Polis

 

Semua penumpang didalam bas merasa curiga, tapi tidak ada satu pun yang bertindak atau menegur.

Saat itu suasana dalam bas sunyi sepi, wanita ini nekad ingin membuat laporan polis namun bimbang didengari oleh lelaki tersebut.

Untuk itu, dia menggunakan cara lain dengan secara diam-diam mengambil gambar lelaki tersebut, lalu mengikuti orang tersebut turun di hentian bas. Setibanya di rumah, dia terus membuat laporan pada polis.

Curiga Melihat Pakaian Dipakai Bayi Penumpang Lelaki, Wanita Terus Membuat Laporan Polis

 

Setelah mengikuti petunjuk yang diberikan oleh wanita ini, pihak polis menemui lelaki tersebut di sekitar stesen, dan terbukti betul bahawa lelaki itu adalah seorang pencuIik kanak-kanak.

Kalaulah terlewat sedikit bertindak, mungkin bayi itu telah dijual kepada orang lain. Ibu bapa bayi tersebut sangat panik kerana bayi mereka dicuIik. Akan tetapi setelah mendapat maklumat anak mereka ditemui dalam keadaan selamat, mereka merasa lega dan mengucapkan terima kasih pada wanita itu.

Wanita bernama Li ini pun merasa bersyukur, siapa sangka tindakannya yang “mencurigai” orang lain akhirnya menyelamatkan nyawa seorang bayi. Kalau hal seperti ini terjadi pada anda, apakah anda akan melakukan hal yang sama seperti wanita ini?

Sumber: World Of Buzz

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *