Curi Produk Kosmetik Sorok Dalam Coli, 4 Gadis Ini Kantoi Bila Dirakam CCTV

Curi Produk Kosmetik Sorok Dalam Coli, 4 Gadis Ini Kantoi Bila Dirakam CCTV. Beberapa rakaman CCTV yang memaparkan 4 orang gadis sedang mencuri dengan menyorokkan barangan curi ke dalam coli di sebuah butik, tersebar luas di laman Facebook.

SAJAHEBOH.COM - Curi Produk Kosmetik Sorok Dalam Coli, 4 Gadis Ini Kantoi Bila Dirakam CCTVRakaman tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ali Imran dan sehingga kini telah menerima sebanyak lebih 10 ribu shares dan lebih 700 ribu tontonan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Butik Blackcube Rich Parit Raja, Batu Pahat Johor dan jumlah kerugian kosmetik dianggarkan sebanyak RM1,000 hingga RM2,000.

SAJAHEBOH.COM - Curi Produk Kosmetik Sorok Dalam Coli, 4 Gadis Ini Kantoi Bila Dirakam CCTV
Terdapat tiga orang staf yang sedang bertugas sewaktu kejadian. Bagaimanapun, aktiviti tidak bermoral tersebut tidak dapat dikesan kerana masing-masing sedang sibuk melakukan kerja masing-masing.

Sewaktu kejadian seorang staf sedang dalam waktu rehat, manakala seorang lagi sedang membetulkan printer butik tersebut. Jadi tinggal hanya seorang staf saja yang bertugas.

Suspek dilaporkan datang berempat dan tiga daripada mereka telah memasuki butik tersebut untuk mencuri. Manakala seorang lagi sedang cuba mengalih pandangan staf yang sedang bertugas tersebut.

SAJAHEBOH.COM - Curi Produk Kosmetik Sorok Dalam Coli, 4 Gadis Ini Kantoi Bila Dirakam CCTV
Sesetengah netizen menganggap mereka bukan warganegara Malaysia dan mungkin berasal dari negara jiran, Indonesia. Namun, salah seorang netizen telah mengesahkan mereka sememangnya warganegara Malaysia dan telah pun ditangkap semalam.

SAJAHEBOH.COM - Curi Produk Kosmetik Sorok Dalam Coli, 4 Gadis Ini Kantoi Bila Dirakam CCTV
Suspek dikatakan cepat-cepat beredar dari butik tersebut setelah mencuri beberapa barangan kosmetik dan mereka dikatakan sempat mengambil selfie bersama-sama.

SAJAHEBOH.COM - Curi Produk Kosmetik Sorok Dalam Coli, 4 Gadis Ini Kantoi Bila Dirakam CCTV

Bagaimanapun, laporan Sinar Online semalam memberitahu keempat-empat suspek sudah dikenal pasti dan siasatan awal mendapati mereka bersaudara.

Source: Ali Imran via Says.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *