Cuba Picit Kaki Anda, Jika Lekuk Lambat Timbul Kembali Keasal, Sila Berjaga-jaga! Mai hari ni doktor nak ajar anda semua jadi “doktor” . Tengok dan pegang kaki anda. Picit isi kaki dengan jari anda.
Kalau ada LEKOKKAN LUBANG ditempat picit tersebut & lubang tu lambat timbul kembali kpd asalnya ….maka anda ada EDEMA iaitu Bengkakkan di kaki. Tu dia..anda in TROUBLE!!
Edema ni terjadi kerana HIMPUNAN CAIRAN pada bahagian-bahagian tubuh anda. Kerap Bengkak edema dikaki sebab efek gravitasi.
Apa Penyebab Kaki Bengkak/ EDEMA?
Anda kena bertindak pantas kalau:
Bengkak EDEMA dari kaki naik ke lutut & ke paha + PENAT = Kemungkinan anda ada MASALAH / KEGAGALAN JANTUNG.
Bengkak EDEMA dari kaki naik ke lutut & ke paha +/- ke tangan & perut + MUKA BENGKAK MACAM BELON = Kemungkinan anda ada MASALAH /KEGAGALAN BUAH PINGGANG.
Bengkak EDEMA dari kaki naik ke lutut & ke paha + PERUT BOROI/BUNCIT dgn AIR + MUKA BADAN KUNING ( JAUNDICE) +/- PENAT = Kemungkinan anda ada MASALAH atau KEGAGALAN LIVER/HATI.
Bengkak EDEMA di kaki je. Cek perut ada BABY…..hihihi = Ni bengkak kaki waktu hamil. Lepas bersalin ok je. Lelaki berkecuali!!
Bengkak EDEMA kerana berdiri lama atau travel dlm kenderaan/ kapalterbang terlalu lama. Ni ok je bila angkat kaki masa balik rumah, buh kedua2 kaki atas bantal….besuknya ok je.
Bengkak EDEMA di kaki…ada perandangan/ kemerahan di kaki. Turuti dgn DEMAM = CELLULITIS iaitu kuman infeksi di kulit kaki. Mkn antibiotik. Cek takut ada Kencing Manis.
Credit: Dr. Abdul Rahim