Cara Hilangkan Lemak Di Pinggang, Punggung Dan Bahagian Kritikal Tubuh

Bagaimana Hilangkan Lemak Di Pinggang, Punggung Dan Bahagian Kritikal Tubuh?  Macam mana nak buang lemak di 5 tempat kritikal dengan cepat?

SAJAHEBOH.COM - Cara Hilangkan Lemak Di Pinggang, Punggung Dan Bahagian Kritikal TubuhSaya sering mendapat keluhan daripada ramai orang. Bahagian perut, punggung, peha, lengan dan muka susah nak buang. Terutama paling ketara bagi lelaki ialah perut boroi, perempuan pula punggung dan peha besar.

Sangat tak cantik dan stress kan? Ada yang sampai nak ambil pisau potong lemak2 di bahagian tu. Paling best, kan bagus kalau boleh buat kempen derma lemak daripada derma darah? Serabut kepala fikirkan.

SAJAHEBOH.COM - Cara Hilangkan Lemak Di Pinggang, Punggung Dan Bahagian Kritikal Tubuh

Saya faham apa yang anda rasa. Saya juga pernah laluinya. Tapi saya sedar, kadang2 benda jadi susah bila kita tak tahu cara, atau malas nak berubah.

Ada jalan senang tak?
Saya tak katakan mudah, tapi tak mustahil boleh buang lemak2 degil di 5 bahagian tersebut. Senaman squat, push up, sit up dan sebagainya bantu kuatkan dan kejapkan otot di bahagian tersebut, tak semestinya bakar lemak.

Saranan saya mudah:

1. Jaga makan (kunci utama)

  • kurangkan manis
  • kurangkan berminyak
  • Sederhana dalam hidangan. (Berhenti sebelum kenyang. Makan kerap tak da masalah)

2. Bersenam (pilihan)

  • Cardio high intensity (kadar degupan jantung & senaman kelajuan tinggi tapi masih stabil & bernafas dengan baik) contoh berlari, berbasikal laju, panjat bukit, angkat berat
  • tempoh senaman yang singkat (kurang 1 jam)

3. Supplement (pilihan)

  • whey protein
  • fat burner
  • fibre drink (detox dll)

Dengan amalan pemakanan serta kaedah latihan yang betul, ditambah dengan usaha dan konsisten, segalanya boleh dicapai. Yakin & buat sahaja. Jangan putus asa.

source: Kevin Zahri

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *