Bukti Kaum Lelaki Lebih Suka Wanita Berisi Dari Kurus

Inilah bukti kenapa kaum lelaki lebih suka wanita berisi dari kurus. Setiap lelaki memiliki citarasa tersendiri terhadap ciri-ciri gadis yang diminatinya. Tapi, tahukah anda bahawa kaum lelaki lebih cenderung untuk sukakan wanita berisi daripada yang kurus? Anda boleh baca sebabnya di bawah ini (sumber dari Persona Pengantin):

Bukti Kaum Lelaki Lebih Suka Wanita Berisi Dari KurusLebih peramah dan ceria
Satu kajian yang dijalankan oleh littlewoods.com membuktikan bahawa wanita yang bertubuh berisi kelihatan lebih peramah dan ceria. Kajian itu menemukan 74% daripada 2,000 responden wanita yang bertubuh berisi mengakui bahawa mereka cukup bahagia dengan berat badan yang mereka miliki.

Tampak lebih menarik
Kajian yang dijalankan terhadap lelaki berusia 20 hingga 50 tahun mengatakan 8 hingga 10 lelaki lebih suka memilih wanita bertubuh berisi kerana golongan ini dikatakan lebih menarik.

Sedap untuk dipeluk
Wanita yang memiliki tubuh berisi atau sedikit montok membuatkan lelaki rasa lebih selesa untuk memeluknya berbanding wanita yang kurus.

Ada keyakinan diri
Sikap positif yang dimiliki oleh wanita bertubuh besar secara tidak langsung membantu mereka untuk membina keyakinan diri yang tinggi. Cara wanita bertubuh berisi berkomunikasi, bergelak ketawa, mengeluarkan tutur kata dan berhubung mata dengan orang ramai membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.

Lebih sihat dan subur
Wanita yang berisi pastinya mempunyai pinggul yang besar. Aset tersebut menunjukkan wanita sebegini lebih subur, mempunyai fungsi reproduksi dan hubungan intim yang sihat.

Miliki aset kegemaran lelaki
Wanita bertubuh berisi sememangnya beruntung kerana aset yang anda miliki iaitu punggung dan dada yang besar merupakan bahagian yang menjadi perhatian lelaki. Malah dalam satu penelitian menemukan bahawa ramai lelaki bersetuju wanita bertubuh berisi akan lebih mengghairahkan dan menyenangkan saat melakukan hubungan intim.

Pakaian cantik terletak di tubuh
Wanita yang berisi akan kelihatan cantik apabila berpakaian kerana tubuhnya terletak indah dengan pakaian yang disarungkan. Malah cara anda berpakaian juga dikatakan boleh menggiurkan lelaki.

Peneman ketika makan
Dalam soal makan, pasti wanita bertubuh ramping sangat cerewet kerana mereka begitu menjaga penampilan diri dan diet sehingga membuatkan pasangan tertekan. Ini tidak bagi wanita bertubuh berisi kerana pasangan anda tentu sahaja rasa senang untuk mengajak anda makan ke mana sahaja tanpa sebarang rungutan ataupun pantang larang.

Dinasihatkan, wanita bertubuh berisi hendaklah sentiasalah menjaga kesihatan tubuh badan dengan pola pemakanan yang seimbang dan senaman yang konsisten agar anda terhindar daripada sebarang penyakit yang boleh memudaratkan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *