Buat Perangkap Nyamuk Dengan Bahan Dapur, Lepas Seminggu Penuh Nyamuk Terperangkap

Jom Buat Perangkap Nyamuk Dengan Bahan Dapur, Lepas Seminggu Penuh Nyamuk Terperangkap. Nyamuk merupakan antara musuh utama manusia.

SAJAHEBOH.COM - Buat Perangkap Nyamuk Dengan Bahan Dapur, Lepas Seminggu Penuh Nyamuk TerperangkapGigitannya bukan saja meninggalkan bekas dan gatal, namun ianya juga boleh menyebarkan virus seperti denggi.

Nyamuk sangat aktif terutama sekali pada waktu matahari terbenam sehingga subuh menjelma.

Amat merimaskan apabila melihat nyamuk berterbangan dan ‘berdegung’ ditelinga sehingga terganggu tidur.

Jom lihat cara paling mudah untuk membuat perangkap nyamuk dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di dapur rumah.

SAJAHEBOH.COM - Buat Perangkap Nyamuk Dengan Bahan Dapur, Lepas Seminggu Penuh Nyamuk Terperangkap

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 botol plastik kosong (Saiz 2 liter)
  • 1 cawan gula merah
  • Satu senduk makan ragi (yis)
  • Air panas-untuk melarutkan gula merah
  • Pita pelekat
  • Gunting

Cara-cara membuat perangkap nyamuk:

  1. Ambil botol plastik dan buang penutupnya. Kemudian gunting botol kepada 2 bahagian.
  2. Larutkan setengah cawan gula merah di dalam air panas.
  3. Sejukkan campuran gula tadi kemudian tuang ke dalam botol.
  4. Tambah 1 senduk makan ragi dalam campuran air tadi.
  5. Akhir sekali, ambil bahagian atas botol dan terbalikkan ke dalam botol yang berisi campuran air tadi dan ‘seal’ sekeliling botol menggunakan pita pelekat.

Dah siap! Mudah kan? Hanya perlukan 1 minit untuk disediakan. Boleh diletakkan di sudut-sudut rumah dan biarkan selama dua minggu.

Anda akan terkejut melihat banyak nyamuk terperangkap di dalam botol!

Sumber: Kisah Dunia

p/s: Penjelasan kenapa asyik kita saja jadi sasaran gigitan nyamuk tapi tidak orang disebelah kita.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.