“Bila Tanya Pakcik Kenapa Selalu Balik Tanpa Rawatan” – Dia Terus Menangis Teresak-Esak Dan Jawapan Dia Buat Aku Sebak

Bila Tanya Pakcik Kenapa Selalu Balik Tanpa Rawatan” – Dia Terus Menangis Teresak-Esak Dan Jawapan Dia Buat Aku Sebak.SAJAHEBOH.COM - Bila Tanya Pakcik Kenapa Selalu Balik Tanpa Rawatan” – Dia Terus Menangis Teresak-Esak Dan Jawapan Dia Buat Aku SebakIni sebuah kisah mengenai pesakit saya… Sejak bulan Mac, setiap kali panggil nombor dia, pesakit mesti CNA (pesakit dah balik). Lima kali datang klinik periksa tekanan darah, gula, tapi lepas tu CNA

(just to inform, kami kekurangan doktor di Gua musang, ditambah pula dengan bilangan pesakit yang ramai, jadi masa menunggu agak lama). Jadi saya tulis di buku dia “untuk mengutamakan pesakit ni setiap kali dia datang”.

Hari ni, dia datang ke klinik. Our MA terus bawa dia ke bilik. Then i asked him nicely..

Me : “Pakcik, kenapa pakcik selalu balik tak bagitahu kami? Pakcik tumpang orang ke?”

“Tak, pakcik datang sini jalan kaki. Pakcik tak boleh tunggu lama2”

Me : Jalan kaki? Dekat ke rumah pakcik?

“Batu 2.” (Dalam 3km dari sini).

Allahu! Saya terkejut sebab 3km kalau jalan kaki agak jauh. Dia keluar berjalan dari rumah seawal 7 pagi untuk sampai ke klinik.

Lepas tu lima kali datang tak ambil apa-apa rawatan. (dia balik dua jam lepas daftar). Kesiannya, pakcik ni ada kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, gula tak kawal sebab takde duit beli jarum cucuk insulin.

Bila ditanya pasal anak dia dan kenapa anak dia tak tolong hantar dia ke klinik, dia terus menangis teresak-esak. Saya terkilan, saya tiada ayah dari kecil.Walaupun ni bukan kali pertama saya tengok seorang ayah menangis depan saya, saya turut sebak. Kalau ayah saya masih ada, saya takkan biarkan dia macam ni.

Pakcik ni, isteri dia dah meninggal tahun lepas, anak ada lima orang tapi tinggal jauh. Sorang je tinggal dengan dia sekarang, kerja bawa jentolak. Pakcik ni tak dapat kerja sebab masalah kesihatan. Telefon takde untuk menghubungi anak-anak, sakit rebah mungkin takde yang peduli. Anak-anak jarang balik.

SAJAHEBOH.COM - Bila Tanya Pakcik Kenapa Selalu Balik Tanpa Rawatan” – Dia Terus Menangis Teresak-Esak Dan Jawapan Dia Buat Aku SebakSaya telefon Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk salurkan bantuan kepadanya.Sekadar nasihat untuk diri sendiri dan sahabat saya, pakcik ini mungkin ayah anda. Kalau sekalipun kita sibuk mengejar harta, baliklah jenguk ayah ibu di kampung.

Harta boleh dicari, ibu ayah tiada gantinya. Tangan mereka yang membesarkan kita sampai dewasa. Tangan ini juga yang mengesat air matanya kerana sedih disebabkan sikap kita. Ingat, redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Murka Allah juga terletak pada murka ibu bapa.

Gambar pakcik itu diambil dengan izin. Sesiapa ingin salurkan bantuan, boleh menjenguknya di Batu 2, Gua Musang. Maafkan saya, saya hanya ingin share moral of the story, bukan niat nak burukkn keluarga pakcik ni.

Sumber : Nik Fadhilah Nikmohdnoor

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *