Bengang Boyfriend Asyik Tengok Phone Ketika ‘Date’, Wanita Terus Rampas Phone Dan Buang Dalam Periuk Panas

Seorang wanita merasa bengang dengan kelakuan teman lelakinya yang asyik melihat handphone ketika temujanji mereka. Bengang kerana pasangannya seperti tidak menghiraukan kehadirannya, wanita itu terus bertindak merampas dan membuang handphone itu ke dalam periuk panas mendidih.sajaheboh.com - Bengang Boyfriend Asyik Tengok Phone Ketika ‘Date’, Wanita Terus Rampas Phone Dan Buang Dalam Periuk Panas

Video rakaman yang menjadi tular, dirakam oleh pelanggan lain yang berada di situ menunjukkan pasangan terbabit bertengkar sebelum wanita itu bertindak merampas telefon teman lelakinya. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah restoran di Chongqing, selatan barat China.

Lelaki terbabit pula kelihatan memegang chop stick dan di sebelah tangannya pula memegang telefon bimbit.

Tanpa memberi sebarang amaran, wanita itu terus merampas telefon dari tangan lelaki itu dan terus membuangnya ke dalam periuk yang mendidih di atas meja mereka.

sajaheboh.com - Bengang Boyfriend Asyik Tengok Phone Ketika ‘Date’, Wanita Terus Rampas Phone Dan Buang Dalam Periuk Panas

 

Wanita itu kemudiannya beredar dari tempat kejadian dalam keadaan berang sementara lelaki itu berusaha mengeluarkan telefon bimbitnya dari periuk tersebut.

Hasil bantuan pelayan restoran, lelaki itu berjaya mendapatkan semula telefon bimbitnya, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya masih dapat berfungsi dengan baik atau tidak.

sajaheboh.com - Bengang Boyfriend Asyik Tengok Phone Ketika ‘Date’, Wanita Terus Rampas Phone Dan Buang Dalam Periuk Panas

 

Rakaman kejadian itu pantas menjadi tular di media sosial China dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang mendakwa lelaki itu memang layak mendapat hukuman tersebut, tetapi yang lain pula mendakwa teman wanitanya bertindak melampaui batas.

 

”Makan sambil bermain telefon bimbit adalah tidak betul, tetapi melemparkan telefon bimbit dalam periuk yang mendidih juga satu tindakan yang salah,”

sajaheboh.com - Bengang Boyfriend Asyik Tengok Phone Ketika ‘Date’, Wanita Terus Rampas Phone Dan Buang Dalam Periuk Panas

”Lelaki tu bukannya mengejar perempuan itu, tetapi sibuk menyelamatkan telefonnya.”

p/s: Dua-dua salah!

Sumber : Next Shark, Siakapkeli

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *