‘Baru Terima 6 Peratus Bayaran Dan Ada Baki 94 Peratus Lagi..’ – Syura Rasa Tertipu Dan Kecewa Dengan Ogy

PENYANYI dan pelakon, Syura Badron, 33, mengaku dia berasa tertipu dan kecewa dengan janji manis diberi penerbit teater Korupsi Dewan Semandung iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy.sajaheboh.com - 'Baru Terima 6 Peratus Bayaran Dan Ada Baki 94 Peratus Lagi..' - Syura Rasa Tertipu Dan Kecewa Dengan Ogy

Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron berkata daripada jumlah bayaran dijanjikan, dia baru memperoleh enam paratus saja dan bakinya ada 94 peratus lagi.

“Malu nak cakap jumlah enam peratus tu mewakili berapa banyak bayarannya. Cuma, apa yang boleh dikatakan, saya kesal dan terkilan dengan sikap Ogy yang tidak menepati janji.

“Saya terima tawaran untuk terbabit dalam teater Korupsi Dewan Semandung itu kerana teruja nak bekerja dengan produksi milik primadona terkenal tanah air sepertinya.

“Ogy Ahnad Daud, siapa yang tidak kenal dalam industri, dia sangat dikagumi, nama besar dan pengalaman sangat banyak. Tapi, begini pula jadinya.

sajaheboh.com - 'Baru Terima 6 Peratus Bayaran Dan Ada Baki 94 Peratus Lagi..' - Syura Rasa Tertipu Dan Kecewa Dengan Ogy

“Masalah bayaran ini sebenarnya sudah dapat dikesan awal, tetapi bila saya bertanya kepada penolong penerbit, jawapannya Ogy maklumkan saya akan dibayar penuh selepas dua minggu pementasan selesai iaitu 16 Mac lalu.

“Jika ikutkan kontrak yang diberi pun, bayaran awal diterima selepas bersetuju adalah 30 peratus, diikuti 30 peratus lagi dibayar sehari sebelum persembahan dan 40 peratus bakinya selepas dua minggu pementasan berakhir,” katanya.

Apapun, Syura berkata ia hanya janji manis sahaja apabila bayaran enam peratus itu pun diperolehnya selepas menunggu lebih sebulan sesudah pementasan berakhir.

“Dalam hal ini, sebagai penerbit, Ogy sepatutnya sudah menjelaskan lebih awal bahawa syarikatnya berdepan dengan masalah kewangan. Namun, dia tidak berbuat demikian.

sajaheboh.com - 'Baru Terima 6 Peratus Bayaran Dan Ada Baki 94 Peratus Lagi..' - Syura Rasa Tertipu Dan Kecewa Dengan Ogy

“Perkara tidak akan jadi besar sebegini jika dia berjumpa dengan semua pelakon secara bersemuka dan memberikan penjelasan yang wajar. Memang tanggungjawab penerbit pun untuk membayar urusan kerja yang sudah selesai dibuat,” katanya.

Ujar Syura, jika dia nak bercerita lanjut mengenai perkara itu, memang terlalu panjang. Cuma, katanya tolong bertanggungjawab kerana pelakon dan semua kru terbabit sudah memberi komitmen terbaik.

Menurut Syura lagi, ada juga segelintir warganet mempersoalkan kenapa tidak menjaga aib Ogy, katanya semua pelakon dan kru sudah bersabar terlalu lama dan bayaran dituntut itu adalah hak mereka apabla segala kerja diselesaikan.

Dalam teater itu, Syura dipilih menggantikan pelakon Hanna Halim pada saat akhir yang menuntut dia memberi komitmen penuh dengan berusaha menghafal dialog hanya dua hari.

Teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman diterbitkan produksi Ogy Ventures & Network dan pementasannya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Selain Syura, barisan pelakon lain ialah Joey Daud, Tauke Jambu, Mark Adam, Man Raja Lawak, Azmi Caliph Buskers, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi. – Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *