Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Malaysia Mengatasi Menara Kembar Petronas (KLCC), Pekerja Kongsikan Pemandangan Menakjubkan Dari Atas

Pada masa sekarang, semakin banyak bangunan pencakar langit dibina atas pelbagai tujuan. Ada diantaranya untuk tarikan pelancong, dan ada juga untuk menunjukkan kemajuan teknologi serta dianggap simbol prestij tempat tersebut.Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Malaysia Mengatasi Menara Kembar Petronas (KLCC), Pekerja Kongsikan Pemandangan Menakjubkan Dari Atas

Seperti yang kita sedia maklum, bangunan tertinggi di Malaysia pada masa kini ialah menara Berkembar Petronas, KLCC. Namun tidak lama nanti sebuah menara lain yang sedang dalam pembinaan akan mengatasi ketinggian menara KLCC.

Menara yang dimaksudkan adalah menara Merdeka 118 (atau juga dikenali sebagai PNB118) yang sedang dibina dan dijangka siap pada tahun 2022.Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Malaysia Mengatasi Menara Kembar Petronas (KLCC), Pekerja Kongsikan Pemandangan Menakjubkan Dari AtasMenara ini juga akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa dan mengatasi ketinggian Shanghai Tower.

Pernah tak terfikir macam mana pekerja-pekerja melakukan kerja mereka di ketinggian tersebut?

Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Malaysia Mengatasi Menara Kembar Petronas (KLCC), Pekerja Kongsikan Pemandangan Menakjubkan Dari Atas

Yang pastinya ramai antara kita yang takut dengan ketinggian apatah lagi yang beratus-ratus meter ke bawa dan hanya mereka yang berhati kental sahaja yang dapat bekerja di ketinggian tersebut seperti kerja pengendali kren.

Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Malaysia Mengatasi Menara Kembar Petronas (KLCC), Pekerja Kongsikan Pemandangan Menakjubkan Dari Atas

Baru-baru ini, seorang lelaki yang menggunakan nama Emy ganu telah berkongsikan serba sedikit mengenai kerja yang dilakukan mereka malah berkongsi pandangan luar biasa dari sudut atas kren yang dipercayai diambil dari atas menara PNB118.

Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Malaysia Mengatasi Menara Kembar Petronas (KLCC), Pekerja Kongsikan Pemandangan Menakjubkan Dari Atas

Dibawah ini adalah rakaman video yang dikongsikannya dan boleh dilihat beberapa orang pekerja sedang bekerja di atas kren yang cukup tinggi sehingga hanya menampakkan puncak beberapa bangunan atau menara yang ada di sekitar di Kuala Lumpur.

VIDEO:

Salute habis dengan mereka yang mampu bekerja di ketinggian ini, tak rasa gayat. Hebat bukan.

Kredit video: Emy ganu

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.