Anak Sering Garu Kepala, Mohon Jangan Ambil Mudah, Bila Doktor Diagnosis Ada Sesuatu Menakutkan!

Anak Sering Garu Kepala, Mohon Jangan Ambil Mudah, Bila Doktor Diagnosis Ada Sesuatu Menakutkan! Bayi sememangnya comel sejak dari hari pertama dia dilahirkan terutamanya bayi yang tembam.

SAJAHEBOH.COM - Anak Sering Garu Kepala, Mohon Jangan Ambil Mudah, Bila Doktor Diagnosis Ada Sesuatu Menakutkan!Pasti setiap pergerakannya membuatkan hati kita tersentuh dan kita tidak pernah berasa letih untuk melayan telatah mereka bukan?

Tetapi jika bayi kerap melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang, maka anda perlu rasa sedikit bimbang dan mungkin perlu mendapatkan bantuan perubatan sekiranya perlu.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri di China menyedari anak mereka yang berusia satu tahun bernama An An kerap menggaru kepalanya.

Pada mulanya, ibu bapa ini menyangka itu adalah tindakan biasa bayi kerana sifat ingin tahunya yang begitu tinggi (menyentuh rambut dan kepala atau mana-mana bahagian tubuh badan yang lain).

Walau bagaimanapun, dua minggu kemudian, ibu tersebut merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada bayinya itu.

SAJAHEBOH.COM - Anak Sering Garu Kepala, Mohon Jangan Ambil Mudah, Bila Doktor Diagnosis Ada Sesuatu Menakutkan!Dia menyedari An An masih kerap menyentuh kepalanya dan ekspresi wajahnya kelihatan seperti dia sedang menanggung kesakitan kerana bayi itu juga kerap mengerutkan dahinya.

Kerana naluri keibuannya yang kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada bayinya itu, dia kemudiannya membawa bayinya berjumpa pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan.

Selepas didiagnosis baharulah mereka tahu bayinya itu menghidapi jangkitan otitis media, iaitu satu keadaan di mana bahagian tengah telinga mengalami keradangan dan jangkitan.

Ibu bapa itu diberitahu oleh doktor bahawa keadaan An An agak teruk kerana jangkitan telah berlaku untuk seketika waktu.

Hal ini telah membuatkan mereka merasa bersalah terhadap bayi itu kerana menyangka selama ini tindakan itu hanyalah isyarat biasa rupa-rupanya tidak.

Mujurlah doktor mengatakan tidak terlalu terlambat untuk bayi mereka mendapat rawatan dan peluang untuk pulih sepenuhnya cukup tinggi. Namun, keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya mereka berjumpa doktor lebih lambat lagi.

SAJAHEBOH.COM - Anak Sering Garu Kepala, Mohon Jangan Ambil Mudah, Bila Doktor Diagnosis Ada Sesuatu Menakutkan!
Ramai netizen terkejut apabila membaca berita ini terutamanya pasangan ibu bapa baharu kerana mereka tidak pernah mendengar tentang jangkitan itu sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda semua, otitis media adalah keadaan yang biasa berlaku pada bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak yang lebih tua. Antara tanda-tanda jangkitan ini ialah, anak-anak akan:

Menangis lebih kerap, Cepat marah, Tidak dapat tidur, Kerap menarik telinga, Berasa sakit pada telinga, Berasa sakit kepala,Berasa sakit leher,Berasa berdengung di dalam telinga,Keluar bendalir dari telinga,Demam,Muntah,Cirit-birit,Kurang keseimbangan badan,Hilang pendengaran

Sekiranya anda mendapati tingkah laku berikut sering dilakukan oleh mereka, besar kemungkinan anak-anak ini telah dijangkiti otitis media dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Bayi akan menangis lebih kuat.
Kanak-kanak akan menggenggam telinga sambil merasakan sakit.
Kanak-kanak yang lebih tua mengadu tentang kesakitan di telinga.

Semoga An An cepat pulih dan diharapkan keadaan ini tidak akan mengganggu bayi itu lagi!

Buat ibu bapa di luar sana pula, anda harus lebih peka dengan tindakan anak anda yang kelihatan luar biasa demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber : KitaViral

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *