Anak Kucing Terperangkap Di Jalan Raya Yang Sibuk, Mujur Ada Abang Grab 

Anak Kucing Terperangkap Di Jalan Raya Yang Sibuk, Mujur Ada Abang Grab  Yang melihatnya dan melakukan sesuatu. Sebagai pengguna jalan raya pastinya kita biasa melihat kucing terbiar terperangkap di jalan raya yang sesak dan tidak dapat menyelamatkan diri.sajaheboh.com - Anak Kucing Terperangkap Di Jalan Raya Yang Sibuk, Mujur Ada Abang Grab 

Dalam situasi seperti tu, jarang akan ada pemandu yang cukup prihatin untuk mengambil masa dan cuba menyelamatkan haiwan tersebut.

Paling-paling pun kita akan rasa kasihan dan berharap orang lain yang akan menyelamatkan kucing yang ketakutan itu. Namun selalunya kucing dalam situasi itu tidak akan bernasib baik.

Tetapi lain pula kisah yang berlaku di Cheras ini apabila seekor anak kucing terperangkap di jalan raya yang sibuk. Namun nasibnya baik apabila seorang penunggang penghantaran makanan cukup prihatin untuk menyelamatkannya.

Dalam video yang telah meraih lebih 13 ribu ulang kicau dan 15 ribu tanda suka, seorang rider Grab dilihat sedang tercari-cari di bawah kereta yang sedang bergerak perlahan dalam trafik di Taman Minang, Cheras.

this abang grab food deserves so much attention and appreciation 😭🙌🏻 semoga allah sentiasa murahkan rezeki abang ni 🤲🏻 — amira (@amirarasyidahh) June 11, 2020

Dia kemudian menemui apa yang di carinya di bawah salah sebuah kereta dan membawa keluar seekor anak kucing berwarna oren, sambil dilindung oleh beberapa penunggang motosikal lain.

Tindakan abang Grab tersebut sempat dirakam oleh pengguna Twitter yang berada di tempat kejadian pada ketika itu, sebelum memberikan makanan kucing kepada rider tersebut untuk diberikan kepada si Oyen.

Rata-rata netizen memuji keprihatinan abang Grab tersebut, malah Grab Malaysia sendiri menghargai jasa baik penunggang berkenaan.

sajaheboh.com - Anak Kucing Terperangkap Di Jalan Raya Yang Sibuk, Mujur Ada Abang Grab 

Kesanggupan pengguna jalan raya untuk meluangkan sedikit masa demi mengalihkan gangguan di jalan raya ataupun menyelamatkan haiwan yang terkandas perlu menjadi kebiasaan, seperti juga yang dapat dilihat di bawah ini.

VIDEO:

Terharu tengok abang rider ni bersungguh nak selamatkan anak kucing 😭 Tapi bukan abang rider tu je, kalau tengok semua yg dkt situ berganding bahu nak selamatkan kucing tu. Inilah Malaysia! 🇲🇾❤️🎥 : amirarasyidahh

Posted by Hot FM on Thursday, 11 June 2020

Sumber : HCL

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *