Wanita Terkejut Daging Masih Bergerak-gerak Ketika Mahu Masak

Seorang wanita mencuri perhatian wargamaya apabila seketul daging korban yang diterimanya berada dalam keadaan masih bergerak.  Menerusi laman sosial Twitter, wanita yang menggunakan tweethandle @tterororo berkongsi video daging korban tersebut sehingga membuatkan ibunya takut untuk memasak.

“GUYS KENAPA DAGING KORBAN NI GERAKKKKKK. Mak aku taknak masak sebab takut,” tulisnya sebagai kapsyen video.

Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, daging lembu yang siap berada di atas papan pemotong bergerak dengan sendirinya tanpa henti.

 

Tampil untuk menjelaskan kejadian tersebut, seorang pengguna Twitter @letme_explain_ memaklumkan perkara itu adalah normal.

“Tidak apa yang pelik di sini, ia normal kerana masih segar, ia baru sahaja dipisahkan daripada otak dan bekalan darah, tetapi sel-sel masih hidup, masih berlaku banyak reaksi kimia, saraf, kalsium, potassium, sodium, actin dan sebagainya. Biarkan ia berehat dulu,” tulis pengguna tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya yang terhibur melihat video daging terbabit.
Pada masa yang sama, ramai yang tahu kejadian ini merupakan sesuatu yang normal.

“Sama ada saraf dia tak mati lagi atau daging tu dah jumpa pemilik tulang rusuk kiri dia,” komen seorang wargamaya.

“Dekat setiap daging ada otot memory. Otot memory ni akan membuatkan daging tu bergerak dengan sendiri walaupun dah dipotong. Apa-apa daging sekali pun,” ujar seorang wargamaya.

“Daging korban seeloknya simpan dalam peti ais dulu antara salah satu sebabnya inilah rigor mortis. Biarkan beberapa hari dahulu baru boleh dimasak. Tapi ada sebab lain jugak daging korban perlu disimpan dahulu, kalau belajar fundamental halal akan faham,” tulis seorang wargamaya.

 

“Sama konsep macam ikan sungai jugak. Bila baru potong memang gerak-gerak sebab otot refleks. Boleh cuba eksperimen pergi pasar dan beli ikan patin yang hidup, suruh penjual tu potong. Mesti lepas potong pun dia gerak-gerak kadang siap melompat,” kata seorang wargamaya.

“Daging fresh, masak masa ni paling sedap sebab belum banyak bahan-bahan kimia dari dalam daging,” ujar seorang wargamaya lagi.

VIDEO:

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 710,000 tontonan dan 17,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Sumber: Gempak

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *