Wanita Bersuamikan Lelaki Afrika Sudah Lali Dipandang Serong

Wanita Bersuamikan Lelaki Afrika Sudah Lali Dipandang Serong Oleh Masyarakat. Perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci. Kita juga tidak tahu siapakan jodoh kita sehingga tiba masanya nanti.

Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang berkahwin dengan orang dari luar negara kerana sudah tertulis jodoh mereka.

Namun, ada sesetengah rakyat negara ini yang meletakkan ‘kas.ta’ dengan membanding-bandingkan rakyat dari negara-negara tertentu hingga membuatkan pasangan mereka berasa tidak selesa.

Dipersoal kenapa kahwin dengan lelaki Afrika
Hal ini dihadapi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mamabib apabila berkongsi kisah bertemu jodoh dengan warganegara Afrika dan dipandang serong oleh sesetengah masyarakat.

Bahagia bersama suami & keluarga
Walaupun penat menjawab pelbagai soalan mengapa memilih pasangan dari Afrika, namun dia yakin dengan jodohnya dan sangat bahagia dengan perkahwinan serta sudahpun mempunyai empat orang anak yang sedang meningkat remaja.

Rajin jawab pertanyaan positif netizen
Disebalik kata-kata negatif yang diterima, ada juga netizen yang berminat mengetahui tentang kehidupan keluarganya. jadi, @mamabib menjawab dengan baik dan menjelaskan situasi dihadapi anak-anaknya yang lahir dalam dua budaya berbeza.

Sehubungan dengan itu, ramai sebenarnya yang meninggalkan komen positif di TikTok wanita tersebut kerana kagum dengan kecekalannya menghadapi tohmahan dan cercaan menikahi warganegara luar.

Mereka turut mendoakan agar keluarga ini terus dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Comel anak2 layan TikTok dengan mama

Ramai je yang berjodoh dengan orang luar

Soalan macam ni pun ada orang tanya

Sumber: @mamabib/OMM

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *