“Wahh, Mesti Sedap YB Buat..” Dipuji Netizen, YB Nurul Izzah Tunjuk ‘Skill’ Buat Murtabak

“Wahh, Mesti Sedap YB Buat..” Dipuji Netizen, YB Nurul Izzah Tunjuk ‘Skill’ Buat Murtabak. Sebut sahaja nama Nurul Izzah pasti ramai yang ‘sejuk dan tenang’ melihatnya kerana beliau merupakan seorang Naib Presiden PKR yang berjiwa rakyat dan bersikap rendah diri.

Sering ‘turun padang’ untuk mengadakan aktiviti bersama rakyat, beliau juga seorang yang peramah dan tidak kekok untuk beramah mesra bersama masyarakat.

Terbaru, beliau telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang melihatkan ‘kemahirannya’ membuat murtabak di bazaar Ramadhan di Pulau Pinang.

Menerusi video tersebut. Nurul Izzah yang mengenakan kebaya berwarna hijau dan memakai kaca mata hitam dilihat begitu teruja untuk membuat roti canai.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut.

Steady YB Izzah!

Comelnya YB Izzah buat murtabak..

Mesti sedap murtabak tu..

Sumber : ohmymedia

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *