Video Anjing Membantu Anak Kucing Naik Tangga Mendapat Perhatian Ramai

Video Anjing Membantu Anak Kucing Naik Tangga Mendapat Perhatian Ramai. Satu rakaman video yang menunjukkan seekor anjing gembala Jerman cuba membantu seekor anak kucing naik tangga mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen di Amerika Syarikat (AS).

Anjing bernama Tennyson pada awalnya menaiki tangga sendiri. Namun di belakangnya ada seekor kucing kecil berwarna hitam belang putih bernama Moo turut mengikutinya.

Bagaimanapun, Tennyson kemudian berhenti dan melihat sama ada Moo boleh menaiki tangga atau tidak seperti dirinya. Lalu terdengar suara seorang wanita yang mengambil video berkata kepada anjing itu untuk membiarkan kucingnya melakukannya sendiri.

Namun anjing yang bersikap tolong menolong itu tidak ‘sampai hati’ dengan kekurangan kudrat anak kucing itu. Ia turun semula dan ‘menanduk’ si kucing untuk naik tangga.

Setelah berjaya naik satu tangga, anjing berbulu coklat hitam keemasan itu memutuskan untuk membantu anak kucing itu sepenuhnya.

Ia menggigit lembutkepala anak kucing itu dan membawanya ke tangga paling atas. Selepas itu, apa yang dilakukan oleh Tennyson, ia tidak memarahi Moo.

Ini mungkin disebabkan cara anjing dewasa itu melakukannya sama seperti induk kucing yang menggigit tengkuk anaknya.

Video yang berdurasi 43 saat itu diambil di AS, telah ditonton ratusan ribu orang dan memberikan komen-komen yang berbeza. Pada awalnya ada yang menyangka jika anjing itu bermaksud menggigit anak kucing tersebut. – SAJAHEBOH

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *