Tular Pelajar Bawa Kicap Makan Dalam Kelas, Sekali Lori Kicap Jalen Datang Ke Sekolah

Tular Pelajar Bawa Kicap Makan Dalam Kelas, Sekali Lori Kicap Jalen Datang Ke Sekolah. Baru-baru ini, seorang murid sekolah menengah dari SMK Seri Medan viral di platform media sosial dimana pelajar itu makan di dalam kelas. Apa yang menarik perhatian, pelajar itu membawa sekali botol kicap jenama Jalen untuk buat penambah rasa.

Makan tak rasa, kalau tak ada kicap
Foto yang diambil itu dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook bernama Msa Ahmad. Foto tersebut dikongsi di laman ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ dan tak diduga, mendapat perhatian dan reaksi orang ramai.

Pelajar lelaki makan dalam kelas, di tepi ada kicap Jalen

Ketika gambar pelajar itu diambil, dia hanya mampu senyum sambil menjamu bekal makanan yang dibawa dari rumah bersertakan botol kicap Jalen.

Model baru kicap
Oleh yang demikian, gambar pelajar yang telah viral itu menarik perhatian Syarikat Jalen. Syarikat Jalen telah menghantar lori datang ke SMK Seri Medan dan hal ini menjadi topik dan bualan netizen di media sosial.

Lyna Amaliena selaku salah seorang guru di SMK Seri Medan berkongsikan gambarnya yang dimuat naik berdiri di sebelah lori tak ubah seperti seorang model duta jenama.

Terus lori kicap mari datang sekolah
Sementara itu, majoriti masyarakat internet terhibur melihat gambar yang tular itu. Ada juga yang menyuarakan bahawa pelajar yang membawa kicap Jalen itu kini menjadi model baru untuk Syarikat Jalen setelah gambar dia makan menjadi buah mulut di media sosial.

Antara komen-komen netizen:

Husna Yusof –
Suruh depa buat botoi kecik2 hbuan budak2 bawah p skolah..

AL-rein Misya –
Selalu kat rmh ni beli kicap cap jalen yg botol besor warna oren lemak manis

ImTiyaz IwaNi –
Sos cili thai jalen sedap ..baru terasa ‘cili’ nya.

Nurul’ Ain Hezan –
Samala cam anak sy, xde kicap Jalen x lalu mkn. Pi kedai mkn mn2 msti mintak kicap, dia tuang sikit rasa kalau lain rasa mesti dia x mkn. Memang dia kenal rasa kicap Jalen mcm mn ?

Jill Othman –
Minggu depan suruh budak bawak benda lain lak pastu viralkan..harap² nnt company tu bleh dtg 1 lori ??

Misi Asmah –
Sy ada tragedi pasal kicap jalen:

Luggage sy pernah kena tahan kat airport jeddah, tukang cek skrin checking luggage kata bukak luggage ada bottle look a like arak. Arak? Sesuci sy bawa arak dlm luggage? Hohemji..?? Ok la, sy buka luggage dan sy tunjuk ini bukan arak, tp kicap jalen hijau yak botol besar tu 2 botol, sy ckp “hena mafi soy sauce (jalen plk tu), ana bring from msia” ?

Ok, khalas, sy lepas, alhamdulillah..
#lovekicap
#beranikeranabenar

 

Sumber: Lyna Amaliena, Masak Apa tak Jadi Hari Ini via OMM

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *