Tips Petua Putihkan Gigi Kuning Guna Bahan Semulajadi. Kami yakin majoriti orang pasti mahukan gigi yang putih bersih bukan? Tapi kalau gigi anda warna kuning pasti terasa sedikit malu untuk senyum dan tayangkan gigi bukan. Tapi anda jangan risau sebab anda masih boleh putihkan gigi kuning anda dengan banyak cara yang boleh anda amalkan.
1. Kayu Sugi
Sejak dahulu lagi kayu sugi sudah dipercayai mampu membersihkan gigi, gusi dan mulut. Ia adalah petua putihkan gigi kuning secara tradisional yang cukup berkesan untuk memutihkannya. Bukan itu sahaja, kayu sugi juga mampu memperkuatkan gigi, menghilangkan kotoran yang melekat pada gigi dan membuatkan gigi menjadi putih bersinar.
2. Kayu Arang
Petua putihkan gigi kuning dengan menggunakan arang mungkin kedengaran macam pelik. Ini adalah kerana arang yang berwarna hitam tidak mungkin dapat memutihkan gigi, sedangkan ia adalah petua putihkan gigi kuning cara tradisional yang cukup berkesan. Cuma, jangan pakai secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan enamel gigi dan menyebabkan kesakitan gigi.
3. Kulit Oren
Kulit oren adalah petua hilangkan gigi kuning. Ambil beberapa kulit oren, kemudian gosok gigi anda dengan menggunakan kulit oren tersebut. Sebaiknya dilakukan pada setiap malam sebelum tidur. Vitamin C yang terkandung dalam kulit oren dikatakan dapat menghilangkan kuman dan sisa-sisa makanan yang melekat ada gigi. Lakukan secara teratur selama seminggu untuk melihat perubahannya.
4. Buah Strawberi
Buah strawberi mengandungi vitamin C yang boleh membuatkan gigi menjadi lebih putih, bersih dan tidak kuning lagi. Ambil beberapa biji buah strawberi, kisar sehingga menjadi bentuk pes. Setelah itu, gosoklah gigi anda dengan pes strawberi
5. Lemon Dan Garam
Lemon mempunyai sifat pemutih yang boleh menghilangkan gigi kuning. Ambil beberapa titis air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit garam. Gaul sebati keduanya, kemudian gosok gigi anda dengan menggunakan campuran tersebut. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilaslah dengan air suam. Lakukan paling kurang, dua kali dalam seminggu.
6. Baking Soda
Petua putihkan gigi kuning dengan menggunakan baking soda. Ianya boleh menghapuskan plak serta membuatkan gigi menjadi putih dan cantik. Ambil beberapa sudu baking soda dan sedikit ubat gigi. Campurkan baking soda dengan ubat gigi dan beruslah gigi anda dengan menggunakan campuran tersebut. Setelah itu, bilas dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.
Sekian, petua putihkan gigi kuning dengan bahan semulajadi. Anda juga boleh baca petua hilangkan karang gigi kalau berminat. Selamat mencuba!