Tiga Tempat Terbiar dan Penuh Misteri Digeruni Penduduk Kuching, Sarawak

Tiga Tempat Terbiar dan Penuh Misteri Digeruni Penduduk Kuching, Sarawak. Kalau sebut sahaja pasal tempat misteri yang menyeramkan, ramai sudah biasa dengar akan kisah mistik di beberapa tempat berhantu di Semenanjung seperti Villa Nabila, Bukit Tunku, Highland Tower dan sebagainya.

Kawasan bekas tinggalan seperti ini kini hangat diperkatakan kerana sudah lama menjadi tempat paling berhantu seperti diketahui rakyat sejagat.

Bukan hanya wujud di Semenanjung Malaysia, tahukah anda Sarawak pun ada tempat-tempat penuh misteri yang mungkin boleh buat anda tak lena tidur malam jika menjejakkan kaki ke sana? Ini kami senaraikan tiga tempat misteri yang wujud di Kuching,Sarawak.

1. Villa Aidid, Bukit Siol

Villa Aidid ni khabarnya memang selalu menjadi sebutan warga Kuching. Mungkin tidak begitu popular seperti kisah misteri Villa Nabila yang terletak di Johor tetapi villa usang bertempat di Bukit Siol ini punyai kisah misteri yang tersendiri.

Difahamkan, persoalan tentang siapakah pemilik sebenar villa tersebut masih lagi menjadi rahsia sehingga ke hari ini.

Selain melihat kelibat pontianak dan pocong, ada yang mendakwa bahawa mereka pernah mendengar suara pontianak mengilai datang dari dalam villa tersebut. Villa berkenaan juga dikatakan dipenuhi dengan makhluk halus yang berlegar-legar di dalamnya. Biasalah kan kalau dah ditinggalkan lama, penuh lah hantu setan….

2. Asrama Terbiar Belakang Hospital Umum Sarawak

Bangunan ini dikatakan merupakan sebuah asrama terbiar. Tempat ini dahulunya dipercayai menjadi kediaman jururawat pelatih yang menjalani latihan perubatan di Hospital Umum Sarawak. Terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan cina, punca sebenar bangunan ini ditinggalkan masih tidak dapat dikenal pasti.

Gemar dikunjungi kumpulan paranormal kerana tarikannya yang penuh misteri, mereka percaya bahawa tempat menyeramkan ini dihuni oleh makhluk halus kerana ada di antara mereka yang pernah terkena serangan fizikal di bahagian kepala. Bukan itu sahaja, ada di antara mereka yang mendakwa pernah ternampak kelibat makhluk halus yang menghuni tempat itu.

3. Hotel Impiana

Menurut dakwaan warga Sarawak, bangunan hotel tinggalan yang terletak bersebelahan Shell dan Kompleks Belia dan Sukan ini dahulunya dikenali sebagai Country View atau Victoria Arms. Ada juga mendakwa bahawa bangunan ini dikenali dengan nama Impiana Hotel kerana dinamakan bersempena nama seorang Datin yang dipercayai memiliki hotel tersebut.

Hotel Impiana khabarnya merupakan sebuah tapak perkuburan sebelum terbinanya hotel tersebut. Kononnya, ada wanita hamil pernah menjejakkan kaki ke tingkat enam bangunan tersebut dan tiba-tiba bayinya hilang sewaktu dia bangun keesokan harinya. Disebabkan hal itu, wanita tersebut membunuh diri di hotel tersebut. Biar betul?

Bermacam-macam kisah didengari di sebalik tinggalan bangunan-bangunan ni. Seramnya sampai ada yang kena ganggu di kepala. Ada di antara korang yang pernah pergi tempat-tempat ni?

Sumber : lobakmerah

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *